Saturday, June 4, 2016

Review Zoeva Cocoa Blend Eyeshadow Palette

Hai semua!. Hari ini saya nak share review eyeshadow idaman saya iaitu eyeshadow brand Zoeva iaitu Cocoa Blend. Eyeshadow Palettenya semua lawa-lawa sangat warnanya dan dari review blogger lain ramai yang mengatakan ia sangat pigmented dan kualiti yang hampir sama dengan Urban Decay Naked Palette tetapi dengan harga yang lebih murah. Ok jom kita tengok packagingnya bagaimana.

Zoeva Cocoa Blend
Tengok warnanya boleh pitam nangis dibuatnya

Packaging

  • Kemas, kompak, cantik sangat
  • Tiada cermin, tak ada masalah bagi saya
  • Material palette dari kadbod berkualiti, bila dtutup ada bunyi 'klik' magnet
  • Palette ini didatangkan dengan sarung yang boleh disimpan untuk lebih tertutup rapat




 Warna
  • Terdapat 10 warna yang sangat menarik di mana terdapat 4 warna matte dan 6 lagi agak satin tetapi tidak terlalu shimmery.
  • Warna yang sangat pigmented, tidak chalky malah buttery sangat
  • Nama-nama tiap eyeshadow juga menarik tetapi agak panjang menyebutnya

Zoom in Warna
Betterstart, Sweeterend, Warm Notes, Pure Ganache, Substitute For Love, Freshly Toasted

 
Subtle Blend, Beans Are White, Infusion, Delicate Acidity
Swatches



 Nampak kan?, warnanya memang pekat dan pigmented. Bermacam-macam solekan mata boleh dibuat dari solekan natural ke solekan smoky.

Saya akan update solekan mata menggunakan Zoeva Palette ini.

No comments:

Post a Comment