Saturday, June 25, 2016

Sendayu Tinggi Wheel Concealer Review

Hai semuanya, sempat lagi saya membuat review Wheel Concealer dari Sendayu Tinggi. Saya membeli concealer ini kerana saya tertarik dengan packagingnya yang simple dan kelihatan mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana terutama sekali jika travel. Jom lihat, macam inilah rupanya Wheel Concealer tersebut:

Comel kan
Ok, saya sangat suk melihat 4 warna yang saya rasa memang sesuai digunakan dengan warna kulit saya. Ia datang dalam 3 kod. Saya memilih kod no 3 kerana saya merasakan ia sesuai dengan warna kulit saya. Sebenarnya ketiga-tiga kod tidak jauh beza, jika tersalah beli pun, saya rasa tiada masalah besar.

Close up sikit warnanya

Elegant Makeup- Concealer High Coverage ini katanya:
  • Penyamar noda dalam 1 palet yang berkesan membantu menutupi cela, kantung mata, parut dan jeragat tanpa kesan bercapuk
  • Gabungan 4 warna menjadikan ketidaksempurnaan pada wajah dapat ditutup dengan baik dan kemas
  • Ia juga sesuai untuk membuat kemasan kening, highlight bawah mata, tulang hidung dan dahi selain contouring.

Ok, best juga fungsinya kan, boleh saya katakan selain concealer ia khas untuk mengkontur muka, all in one dalam satu bekas sahaja dan ia dalam bentuk krim yang pekat. Di sini saya membuat swatches apabila dicalitkan pada kulit saya.

Okay jika dilihat keempat-empat warna di atas, kesemuanya agak pigmented, pekat, di mana yang kiri sekali

  1.  Putih pink beige: sesuai untuk highlight
  2.  Kuning cair: untuk meneutralkan bawah mata
  3.  Warna tanah/warna kulit: untuk menutup cela, parut atau jerawat
  4.  Coklat gelap: untuk kontur tulang pipi dan hidung
Kesimpulannya saya memberi 5/5 kerana
  • Ia mudah digunakan
  • Ia senang diblend
  • Ia sesuai dengan warna kulit saya
  • Ia ringan mudah dibawa kemana-mana
  • Tahan lama
  • Cuma satu je saya komen, semasa mula-mula membukanya, ketatnya berkali-kali saya pusing tidak berjaya, sampai saya rasa nak pulangkan kembali.
  • Silalah beli, tak rugi punya
Dalam entri seterusnya saya akan share apabila saya mengkontur wajah saya dengan Wheel Concealer ini.

2 comments:

  1. Salam sis, macam mana sis berjaya bukak ye?? Sebab saya pun da try bukak byk kali tp x dapat jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miz, Neyanas, saya cuba berkali-kali juga, saya ada letak pisau sikit bagi ada ruang udara. siskit jelah. lepas tu tangan kena betul2 kesat. Pastu baru berjaya. Memag susah nak buka sis.

      Delete