Showing posts with label Makeup Palette. Show all posts
Showing posts with label Makeup Palette. Show all posts

Thursday, June 16, 2016

Review Brow8 Morphe Brushes

Hai semua, harini saya akan membuat review tentang palette untuk kening dari jenama Morphe Brushes iaitu Brow8

Packaging yang simple tetapi smart

Saiz setiap warna yang besar, Bertahun boleh pakai


Close up dari depan pula

Review
Shades/Warna

Terdapat enam warna coklat yang yang berbeza, sesuai untuk matching dengan kening-kening tiap-tiap wanita yang berlainan warna dan ketebalan bulu kening. Kebiasaannya warna dalam dalam palette kening hanya ada dua atau tiga. Tetapi Morphe Brushes datangkan dengan enam, dan ia sangat bersesuaian untuk makeup artist dan kelihatan profesional. Dua warna cream di tepi sekali itu ialah wax untuk set kening dan concealar yang agak pigmented untuk menutup bulu-bulu yang tidak berkenaan, khasnya kepada wanita yang tidak mencukur kening.


Bermacam ton warna coklat keperangan

Rasa
Agak buttery, dan warna super pigmented. Bukan sahaja boleh digunakan untu kening semata-mata, malah boleh sangat dibuat eyeliner bawah mata untuk efek smoky dan eyeliner yang matte ataupun eyeshadow smoky.

Packaging
Packaging yang ringkas, kemas, kompak dan professional.

Aplikasi
Tidak didatangkan dengan berus. Oleh itu anda harus ada berus kening sendiri dan spooli seperti dalam post saya yang lepas.


Berapa Jam Bertahan
Tahan lama, selama anda tidak membasuh dengan air. 

Rating 4/5
Sebagai seorang makeup artist saya sangat menyukainya. Tetapi untuk penggunaan sehari-hari saya lebih suka gunakan eyebrow pencil. 


Saya beli palet ini dari Doodletoodle

Saturday, June 4, 2016

Review Zoeva Cocoa Blend Eyeshadow Palette

Hai semua!. Hari ini saya nak share review eyeshadow idaman saya iaitu eyeshadow brand Zoeva iaitu Cocoa Blend. Eyeshadow Palettenya semua lawa-lawa sangat warnanya dan dari review blogger lain ramai yang mengatakan ia sangat pigmented dan kualiti yang hampir sama dengan Urban Decay Naked Palette tetapi dengan harga yang lebih murah. Ok jom kita tengok packagingnya bagaimana.

Zoeva Cocoa Blend
Tengok warnanya boleh pitam nangis dibuatnya

Packaging

  • Kemas, kompak, cantik sangat
  • Tiada cermin, tak ada masalah bagi saya
  • Material palette dari kadbod berkualiti, bila dtutup ada bunyi 'klik' magnet
  • Palette ini didatangkan dengan sarung yang boleh disimpan untuk lebih tertutup rapat




 Warna
  • Terdapat 10 warna yang sangat menarik di mana terdapat 4 warna matte dan 6 lagi agak satin tetapi tidak terlalu shimmery.
  • Warna yang sangat pigmented, tidak chalky malah buttery sangat
  • Nama-nama tiap eyeshadow juga menarik tetapi agak panjang menyebutnya

Zoom in Warna
Betterstart, Sweeterend, Warm Notes, Pure Ganache, Substitute For Love, Freshly Toasted

 
Subtle Blend, Beans Are White, Infusion, Delicate Acidity
Swatches



 Nampak kan?, warnanya memang pekat dan pigmented. Bermacam-macam solekan mata boleh dibuat dari solekan natural ke solekan smoky.

Saya akan update solekan mata menggunakan Zoeva Palette ini.

Monday, May 30, 2016

Review BH Cosmetic Forever Nude Palette

Hai semua!, harini saya ingin membuat review antara jenama kegemaran saya iaitu BH Cosmetics :). Produk yang akan saya review ialah Forever Nude Palette. Palette apakah ini. Ia sebenarnya all in one palette. Ia ada contour, bronzer, highlighter, setting powder bawah mata, dan blusher. Jom tengok macam mana rupanya.

Pandangan hadapan kotak bewarna peach

Pandangan belakang

Bahagian dalam. Blusher sampai nampak besi nampak sangat suka pakai

Calitan atas kulit

  1. Warna Kuning - sesuai sangat untuk setting bawah mata lepas memakai concealer.
  2. Highlighter - warnanya putih pink sedikit. Juga cantik untuk highlighter di tulang pipi, hidung da atas bibir.
  3. Warna coklat dari kanan, saya selalu gunakan untuk contour tulang pipi, hidung dan juga dijadikan eyebrow. Saya sangat suka warna coklat yang cool tone ini.
  4. Coklat kemerahan. Warna ini saya jarang guna, kerana apabila saya guna ia kelihatan sedikit merah, mungkin jika saya gabungkan kedua-dua warna coklat ini barulah ia menjadi lebih natural.
  5. Akhir sekali blusher. Saya sangat-sangat suka warna ini. Ia mengingatkan saya kepada NARS Orgasm, ada sedikit shimmery yang tidak keterlaluan.

Saya mendapatkan palette ini dari pre-order dengan Bondis Cosmetic Fb. Anda juga boleh dapatkannya di Hermo.my, tetapi saya rasa palette ini sedang out of stock sekarang. Tetapi apa yang boleh saya katakan, anda pasti tak menyesal jika anda membelinya. Sekian.

Review La Girl Beauty Brick Eyeshadow Palette (Nudes)

Hai semua harini saya sangat suka untuk membuat review dan color swatches untuk eyeshadow palette dari jenama L.A. Girl iaitu L.A. Girl’s Beauty Brick Eyeshadow Collection Nudes. Sudah lama saya teringin nak cuba kerana saya pasti ramai yang sudah tahu, La Girl punya concealer sangat famous sehingga ada yang menyamakan ia dengan concealer brand Mac. Jadi harapan saya tinggi terhadap eyeshadow palette ini. Saya memilih 'nudes' kerana saya sukakan solekan mata yang natural. Ia juga ada empat tema palet yang lain iaitu 'ultra', 'smoky' dan 'neon'.


Pandangan hadapan
Pandangan belakang
Bahagian dalam, terdapat 12 warna yang menarik.
Sekali tengok nampak seperti Naked 3 yang bertemakan rose gold. Tetapi saya tidak dapat buat perbandingan kerana belum mempunyai naked palette tersebut T_T. Ok jika lihat gambar di atas, saya terlupa masukkan berus yang didatangkan sekali dengan palet ini. Berus dia biasa-biasa sahaja, lebih baik anda gunakan berus makeup anda sendiri.

Packaging
Dari segi packaging, saya sangat puas hati kerana ianya
  • ringan
  • kemas
  • bila ditutup ada magnet dan bunyi klik. sangat penting bagi saya kerana saya suka ia bertutup rapat 
  • saiz yang handy senang untuk dibawa travel

Swatches
  •  Kalau diperhatikan gambar di bawah, hanya terdapat 3 shades yang matte, yang selebihnya kebanyakan semua shades seperti satin.

12 warna yang sangat menarik (maaf lighting kurang menarik)
  • Gambar di atas saya calit tanpa primer. Agak pigmented, dan saya sangat-sangat suka warna no 1,2 dan 4 sebab ia matte.
  • Warna-warna di dalamya tiada nama oleh itu saya letak nombor sahaja.
  • Warna-warna yag lain juga sangat sesuai untu daily wear. 
  • Ia juga kekal lama dan bertahan, dan jika dipakai pagi sampai jam 2 petang, warnanya masih kekal elok.
Saya sangat rekomen anda untuk mencuba palette ini kerana harganya yang berpatutan, lebih kurang RM40(tak pasti) untuk 12 warna rosy yang menarik. Anda boleh dapatkan melalui pre-order dengan seller instagram yang sering membuat pre-order untuk produk ini dari US. Saya dapatkannya dari doodletoodle. Seorang seller yang saya gembira berurusan dengannya kerana beliau akan update segala tracking process kepada kita.

Saya menggunakan warna no 2,3 dan 4

Okay, sekian sahaja review untuk eyeshadow palette ini. Mungkin juga saya akan buat tutorial dari eyeshadow palette ini. Sekian