Friday, June 10, 2016

Basic cara Mengkontur Wajah: Contour, Highlight & Baking

Salam dan hai semua!. Hari ini saya nak berkongsi cara simple saya mengkontur wajah, highlight dan baking. Apa kebenda tu. Hehe, takpelah buat-buat faham sahajalah ye. Hanya orang yang minat dunia makeup peka dengan terms ini. Ok kenapa perlu kontur, highlight bagai ni?. Perlu saya ingatkan teknik ini tidak sesuai untuk solekan harian, nanti orang hairan, atau suami anda terkejut. Katakanlah anda ada event besar, wedding, photoshoot atau saja-saja nak selfie bolehla cuba. Ok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya

  1. Bedak Compact ataupun biasa orang guna loose powder, tapi saya allergik loose powder, boleh tumbuh jerawat.
  2. Kontour  dan Highlight. Yang ni dari brand Sleek
  3. Blusher. Saya pakai warna pink sebab dia macam natural pink
  4. Concealer yang 3 kali cerah dari kulit kita. Maybelline
  5. Concealer yang 1 tona lebih cerah dari kulit kita. La Girl Pro Conceal Cream Beige
  6. Sponge. Ia akan mengembang bila dibasahkan. Real Technique Sponge.
  7. Powder Brush
  8. Fan Brush
  9. Contour Brush
  10. Blending Brush

Fasa 1(Conceal)

Saya biasa mulakan dengan mekap mata, kening dan foundation dulu. Dah siap ratakan foundation, saya akan gunakan concealer buat seperti di bawah. Area bawah mata buat bentuk tiga segi, batang hidung dan dahi. Kemudian gunakan span yang dibasahkan sedikit dan ratakan.


Fasa 2 (Baking)

Dah setel concealer, mulalah membaking. Bukan kuih je boleh baking ye, muka pun kita baking gak. Apa benda baking ni?. Baking ni kita letak bedak lebih banyak sikit dekat area yang dah conceal dan area bawah cheekbone. Tujuannya ialah supaya mekap/bedak tahan lebih lama, tak berminyak dan berkontur. Tidaklah satu muka putih flat sahaja. Apabila bedak bertindakbalas dengan haba kulit kita ia akan masak dan sebab itulah tompokan itu kena dibiarkan sahaja dahulu.

Fasa 3 (Kontur)

Sementara menunggu muka kita masak huhuhu, kita kontur dulu. Saya hanya suka kontur dejat cheekbone dan hidung. Tapi biasanya dalam proses kontur, orang akan kontur termasuk dahi dan bawah dagu supaya wajah nampak sharp dan v line.




Fasa 4 (Bersihkan wajah yang dibaking)

Tajuk pun dah clear kan, jadi kita bersihkan muka yang bertompok macam tepung gomak itu tadi dengan menggunakan powder brush. Pastikan betul-betul sapu rata dan bersih supaya kalau ada flash camera anda tak nampak pelik.


Fasa 5 (Highlight)

Part yang paling saya suka ialah highlight. Highlight ini bertujuan untuk menonjolkkan bahagian tertentu ada wajah supaya nampak lebih berdimensi. Jika lihat gambar di bawah, area paling penting atas tulang pipi, atas bibir, batang hidung atas kening. Fan brush digunakan kerana sapuannya ala-ala sahaja. Tangan pun macam berkipas semasa menyapu highlighter.



 Fasa 5 (Blusher)

Blusher ikut warna apa-apa yang anda suka. Pink and peach memang cantik sangat.


Fasa 6

Dah penat-penat berfasa-fasa, guna setting spray atas segala usaha yang telah dibuat tadi. Ia penting supaya mekap tahan lebih lama.


Okay sekian sahaja tutorial saya kali ini, Sebenarnya ini cara kontur kering. Saya hanya gunakan jenis bedak bukan cream. Cream tu untuk makeup yang lebih heavy. Mungkin pada masa akan datang saya akan cubat buat. Nantikan tutorial, idea-idea makeup di hari raya kelak. Selamat mencuba.


2 comments: