Monday, June 6, 2016

Tutorial Solekan Mata Simple (Kylie Jenner Inspired)

Hai semua, harini saya nak share tutorial solekan mata inspirasi dari Kylie Jenner. Warna yang digunakan adalah warna-warna tanah dan gold. Saya menggunakan eyeshadow palette Zoeva Cocoa Blend bagi menghasilkan solekan mata ini. Ok tanpa membuag masa lagi, jom kita tengok. Maaf kalau ada banyak kurang. 


Zoeva Cocoa Blend


Tutorial Bergambar




  1. Sapu primer pada kelopak mata dan sekitar mata anda, lebih baik jika anda dah bentuk kening terlebih dahulu.
  2. Gunakan salotep khas untuk mekap mata. Kalau takde guna penanda buku yang warna striking tu pun boleh sangat.
  3. Pilih warna tanah yang matte
  4. Sapu di sekitar atas kelopak mata atau crease area. Gunakan berus blending seperti dalam gambar, dan sapu perlahan-lahan sahaja.
  5. Kemudian ambil warna yang gelap sedikit iaitu coklat gelap dan 
  6. Sapu di bahagian outer corner mata dan blend supaya tak nampak kasar sangat.
  7. Tukar berus yang kecil sedikit dan ambil warna hitam
  8. Sapu di bahagian tepi outer corner mata terus ikut line salotep itu tadi
  9. Kemudian bahagian lid atau kelopak pula, ambil warna gold.



10. Kemudian, guna eyeliner dan garis mengikut arah salote itu tadi
11. Sekarang boleh buka salotep itu..Tadaa, jadi winged liner kan
12. Ambil warna coklat gelap tadi, 
13. Sapu di bawah mata, buat ala-ala smoky. penting sangat makeup bawah mata ini untuk dramatik efek, dan mengelakkan mata kelihatan penat.
14. Letakkan maskara atas dan bawah
15. Siap

Kamera saya kualitinya kurang memuaskan. Sebenarnya real life, warnanya jelas dan terang. Makeup ini sesuai dipakai bila-bila masa sahaja dan tidak kira apa event sekalipun kerana ia bernada tanah. Saya harap tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang nak belajar makeup mata yang simple dan mudah. Terima kasih

No comments:

Post a Comment