Hai semua, hari ini saya ingin membuat review foundation Nars Sheer Glow. Foundation ini mendapat banyak review yang baik dari youtubers, mekap artis dan blogger. Oleh itu saya terpanggil untuk mencuba foundation ini. Tetapi oleh kerana saya tidak pasti shades apa yang sesuai dengan warna kulit saya yang NC30 ini, saya membuat keputusan untuk mencuba sampel dahulu. Sekiranya foundation ini bagus, saya berhajat nak membeli beberapa shades khas untuk mekapkan klien-klien tersayangku. gituuuu.
Gambar botol sumber dari Google |
Antara shades dalam Nars Sheer Glow |
Ok jadi setelah membuat research, saya rasa shades kulit saya sesuai dengan kod Medium 1 Punjab. Maka saya pun membeli sampel dari seorang adik di Instagram (maaf saya lupa trace balik apa nama IG adik tu, nanti saya cek balik).
Kecik je kan, tapi oklah dapat cuba kan |
Review
Shades/Warna
Warna kod Punjab, sesuai dengan warna kulit saya. mungkin kalau beli kod lagi gelap saya lebih suka. Pelik kan, kebanyakan orang suka beli warna yang lebih putih dari kulitnya. Saya pula lebih selesa sekiranya ia sama dengan warna kulit saya, sebab senang saya nak kontour, highlight dan muka tidak kelihatan 'muka putih tangan gelap' bak iklan D'Herbs :P.
Coverage
Coveragenya saya rasa ia light to medium coverage. Saya perlu memakai concealer bagi menutup cela di wajah saya. Ada efek glowy. Jadi bagi mereka yang mempunyai kulit yang berminyak perlu memakai bedak.
Rasa
Feel atau rasa semasa memakainya foundation ini, terasa ringan. Sangat hampir dengan Bourjois Healthy Mix Foundation. Siapa yang hendak memakai foundation seakan-akan Nars tetapi dengan harga yang lebih murah, boleh mencuba Borjois Fundation
Packaging
Sayangnya saya tiada botol sebenar, kelak saya akan update. Apa yang pasti botolnya frosted glass, dan tiada pump. Saya tak berapa gemar kalau tiada pump, kerana melambatkan kerja makeup saya. Tetapi pumpnya boleh dibeli secara berasingan.
Aplikasi
Saya hanya meratakan menggunakan tangan, kerana teksturnya yang tidak terlalu pekat, dan sedikit cair.
Berapa Jam Bertahan
Saya memakai dari tengahari sampai ke petang di dalam cuaca panas Malaysia. Di akhir-akhir, mekap saya agak berminyak dan mekap saya mula luntur sedikit. Mungkin saya perlukan primer dan setting spray.
Rating 3/5
Buat masa ini saya terpaksa memberi 3/5 kerana ia tidak memberi impak seperti yang digambarkan oleh youtuber, beauty guru lain. Mungkin saya perlu membeli botol sebenar, barulah saya dapat merasai perbezaannya.
No comments:
Post a Comment