Hai semua, harini saya nak share DIY untuk membuat eyeshadow glitter sendiri di rumah anda. Sekarang ini, trend eyeshadow berglitter. Tetapi nak pakai pun kena tengok event apa yang bersesuaianlah, sebagai contoh dinner. Bahan-bahan yang diperlukan ialah
|
Bahan utama: Dari kiri Aloe Vera 100%, Glycerin, Alcohol/Spirit |
|
Bahan Wajib: Loose Glitter pelbagai warna, bekas kosong untuk meletakkan glitter yang diproses, picagari(syringe), alat untuk mengacau, saya gunakan cotton bud sahaja.
|
Cara-caranya
- Dengan menggunakan syringe anda, ambil sebanyak 3ml alcohol, 2ml gliserin dan 1ml aloe vera. Nisbah 3:2:1, campurkan semua dan gaul kesemuanya sehingga sebati
|
3ml alcohol/spirit |
|
2ml gliserin |
|
1ml aloe vera |
|
Gaul hingga sebati |
2. Kemudian isikan sebatian itu dalam bekas kosong
3. Pilih loose glitter yang anda sukai. Saya memilih warna silver dan mencampurkannya dengan warna pink supaya menjadi efek ala-ala 3d
|
Masukkan warna silver |
|
Campur warna pink |
|
Gaul-gaul hingga rata |
Perlu diingat anda boleh menambah glitter atau menambah sebatian 321 tadi hingga ia menjadi seperti pes.
4. Biarkan ia kering selama 24 jam.
|
Cantik tak, yang ini saya campurkan pink dan silver bagi efek 3d
|
|
Saya membuat satu lagi warna iaitu gold |
5. Wajib tunggu 24 jam. Selepas itu proses memampatkannya. Anda gunakan plastik dan duit syiling dan padatkannya seperti gambar di bawah. Tetapi saya menggunakan kain dan membungkus syiling 10 sen.
6. Ok dah siap.Saya ada buat warna lain juga.
7. Sekarang kita cuba calitkannya
Okay, sekian entri DIY kali ini. Perlu diingat loose glitter yang digunakan perlu yang khas untuk mata, bukan yang dibeli di kedai alatulis atau kedai krftangan ye.
Sis mana nk beli glitter tu eh
ReplyDeleteGlitter utk mata tu dekat mana nak beli
ReplyDeleteDekat mana kita nk dapatkan alchohol tu?
ReplyDeletemn nak cari semua2 benda tu yea? sya ada glitter jea...
ReplyDeletemn nak cari semua2 benda tu yea? sya ada glitter jea...
ReplyDeleteKat mane nak cari glycerin & alcohol tu?
ReplyDeletekat mane beli glitter tu ye?
ReplyDeletewatson n guardian ada
ReplyDelete