Packaging yang simple tetapi smart |
Saiz setiap warna yang besar, Bertahun boleh pakai |
Close up dari depan pula |
Review
Shades/Warna
Terdapat enam warna coklat yang yang berbeza, sesuai untuk matching dengan kening-kening tiap-tiap wanita yang berlainan warna dan ketebalan bulu kening. Kebiasaannya warna dalam dalam palette kening hanya ada dua atau tiga. Tetapi Morphe Brushes datangkan dengan enam, dan ia sangat bersesuaian untuk makeup artist dan kelihatan profesional. Dua warna cream di tepi sekali itu ialah wax untuk set kening dan concealar yang agak pigmented untuk menutup bulu-bulu yang tidak berkenaan, khasnya kepada wanita yang tidak mencukur kening.
Bermacam ton warna coklat keperangan |
Rasa
Agak buttery, dan warna super pigmented. Bukan sahaja boleh digunakan untu kening semata-mata, malah boleh sangat dibuat eyeliner bawah mata untuk efek smoky dan eyeliner yang matte ataupun eyeshadow smoky.
Packaging
Packaging yang ringkas, kemas, kompak dan professional.
Aplikasi
Tidak didatangkan dengan berus. Oleh itu anda harus ada berus kening sendiri dan spooli seperti dalam post saya yang lepas.
Berapa Jam Bertahan
Tahan lama, selama anda tidak membasuh dengan air.
Rating 4/5
Sebagai seorang makeup artist saya sangat menyukainya. Tetapi untuk penggunaan sehari-hari saya lebih suka gunakan eyebrow pencil.
Saya beli palet ini dari Doodletoodle
No comments:
Post a Comment