Sunday, June 12, 2016

Terima Kasih Quaker Oat Malaysia

Beberapa bulan lepas, saya ada memasuki satu pertandingan memasak anjuran Quaker Oat Malaysia dengan tema Oatsome. Disebabkan suami saya minat memasak, dan nampak pula muka Chef Sheersan (betul ke ejaan namanya nih), terus rasa nak cubalah. Suka-suka je pun.

Kan nampak tak, nampak muka Chef rasa nak join contest
 Fikir punya fikir, maka terciptalah resepi ni. Mastermind belakang tabir adalah suami saya. Saya tukang masak atau mengikut je huhu. Jadi di bawah ini setelah siap bersilat kat dapur, dan ambil gambar kami upload kat Fb untuk join pertandingan ini..


 Pertandingan ini nampaknya based on Fb Likes, maka saya punya resepi pula kat bawah-bawah untuk Minggu ke 5, jadi ia menyukarkan family atau rakan-rakan saya untuk vote. Saya lihat peserta di atas mendapat 199 undi, saya pula hanya 10 undi. Jadi saya memang tak menaruh harapan yang tinggi dah. Masuk pertandingan kan untuk suka-suka sahaja.


Entah kenapa haritu, saya rasa nak cek Fb Oat Malaysia sekejap, tup-tup ternampak nama saya sebagai pemenang saguhati. Alhamdulillah, atas dasar apa mereka pilih saya tak tahu, mungkin resepi itu yang agak renyah atau mungkinkah udang tu nampak rangup atau mungkinkah mereka nampak cili potong hiasan tu yang konon-konon macam nostalgia deco zaman dahulu mihmihmih. Apapun saya bersyukur.

Anal-anak yang kehairanan

Tu dia, banyaknya Oat bagi oatttt. Bolehlah saya cuba buat kuih raya untuk raya ini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih pada Quaker Oat Malaysia kerana menganjurkan pertandingan memasak ini.


No comments:

Post a Comment