Saturday, June 18, 2016

Cara Menutup Lingkaran Bawah Mata (How to Cover your Dark Circle)

Hahaha tajuk bila dalam BM jadi macam sesuatu bila sebut, ok, harini saya nak share cara-cara menutup atau cover dark circles, atau lingkaran hitam, atau mata panda, atau zombie dan sewaktu dengannya. Dark circle terjadi disebabkan kita kurang tidur, pemakanan, kurang minum air, faktor usia dan boleh jadi juga faktor keturunan. Jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan.

Corrector: LA Girl, Giorgio Armani, Kryolan

Corrector ini fungsinya macam membetulkan atau meneutrakan balik warna kulit bawah mata yang hitam kebiruan. Jadi oren tutup dark blue jadi neutral. Make sense tak?. Jika dilihat kat atas tu, ada tiga jenis jenama corrector: La Girl bertekstur Creamy; paling mudah pakai saya cadangkan anda beli yang ini, tidak mengeringkan bawah mata, yang kedua tu, saya terpengaruh Michelle Phan cakap kat YouTube, warnanya seperti salmon, ok jugak, dan yang ketiga kryolan ni untuk makeup yang tebal, teksturnya sangat pekat dan tebal perlu memakai krim bawah mata untu mengelakkan kekeringan.

Concealer: Maybelline, Dermacolor, La Girl
Concealer ni biasa dah kita dengar kan. Anda boleh pakai apa saja concealer yang anda ada. Yang di atas hanya cadangan sahaja. Tips saya belilah concealer yang tidak terlalu putih. Beli yang sama warna kulit atau satu tone cerah sedikit dari warna kulit kita. Kerana dalam kamera mungkin nampak cantik, tetapi bila face to face nampak kelabu dan tebal. Tetapi jika untuk solekan makeup seperti pengantin atau dinner boleh makeup extravaganza sikit. Tetapi fokus saya hari ini untuk makeup sehari-hari.



Compact Powder atau Loose Powder
Concealer bersifat melekit atau tacky, jadi perlu sangat-sangat finishing dengan powder. Jika lihat gambar di atas, saya hanya suka compact powder no sebum. Sebab tulah dia dah nak habis huhuhu. Loose powder kebiasaannya digunakan oleh MUA. Compact Powder nampak lebih natural dan tidak nampak tebal sangat makeup anda. 

Step by Step



1. Ada orang suka pakai concealer sebelum foundation, ada yang suka pakai foundation baru concealer. Terpulang, ia subjektif bagi keselesaan diri masing-masing. Bagi saya, saya suka pakai foundation dulu baru corrector dan concealer.



2. Apabila muka dah siap sapu foundation, barulah saya sapukan corrector seperti di bawah. Saya hanya sapu sebelah mata sahaja bagi melihat perbezaan antara memakai corrector dengan tidak.

 3. Setel corrector, baru kita sapu concealer ye. Buat segitiga juga, kemudian ratakan dengan sponge. Sponge Real Technique anda boleh dapatkan dari sini.


4. Sebaik sahaja anda selesai ratakan concealer, dengan sepantas kilat anda harus tepek bedak macam tepung gomak dan biar ia baking dalam 5 minit. Sementara tunggu, anda boleh buat benda lain, seperti pakai lipstick ataupun kemas bilik huhuhu.

5. Paling penting, akhir sekali, eyeliner bawah mata dan blurkan guna berus atau smudger jika ada. Warna dark brown paling sesuai. Ini penting untuk mata anda dilihat dan ketara dahulu, sebelum dark circle anda. Mata yang menonjol mengurangkan perhatian terhadap dark circle anda.


Dah siap, saya harap, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan panda eyes anda.

Selamat Mencuba. Practice makes perfect!.



No comments:

Post a Comment