Bourjois Healthy Mix Serum |
Perbandingan size dan pump antara Bourjois Healthy Mix Serum dan Healthy Mix Foundation |
Review
Coverage
Coveragenya light to medium. Jika mahu lebih coverage boleh memakai dua lapisan. Tapi ia masih nampak natural dan tidal kelihatan anda memakai bedak yang tebal. Saya menggunakan shades 53 yang mempunyai tone kekuningan yang amat saya sukai
Kiri : BHM Foundation (52) , kanan BHM Serum (53) |
Kiri : BHM Foundation, kanan BHM Serum |
Rasa
Rasanya memang ringan. Bau yang amat sedap dan segar. Jika Bourjois Foundation rasanya seperti sedikit berminyak, Bourjois Serum rasanya seperti gel foundation. Pakai-pakai terus elok dan tak perlu memakai bedak kerana ia cepat kering. Tapi bukan bermaksud ia mengeringkan wajah. Jika Bourjois Fundation pula ia memberi efek glowy.
Packaging
Packaging yang sangat-sangat comel dan menawan. Merah dan kaca. Ia juga ada pump, oleh itu sangat mudah penggunaannya
Kedua-dua botol comel kan. |
Aplikasi
Saya selesa menggunakan jari sahaja kerana lebih cepat ia rata seluruh wajah.
Berapa Jam Bertahan
Ia bertahan lama juga,dari pagi hingga pukul 3 petang masih elok dan tidak membuatkan kulit berpeluh kerana ia memberi fnishing matte.
Rating 5/5
Saya suka semuanya tentag Bourjois Foundation Healthy Mix Serum ini. Memang kulit saya terasa sihat dan tidak membuat kulit saya nampak kusam. Packaging yang mudah dibawa kemana-mana. Senang dipakai dan mudah juga dicuci kerana ia tidak tebal. Highly Recommended. Mungkin saya kelihatan bias terhadap brand ini, tetai memang benar ia sangat bagus.
No comments:
Post a Comment