Thursday, June 23, 2016

Sendayu Tinggi Fantasy Mermaid Eyes and Cheeks Palette (review dan swatches)

Saya tidak pernah menggunakan sebarang produk dari Sendayu Tinggi kecuali pada suatu hari, semasa saya mencuba tester makeup di Watsons, saya terpandang kaunter Sendayu Tinggi. Saya terpegun melihat brand Malaysia dan packaging yang sangat menarik hati saya. Boleh saya katakan semua produk-produk makeupnya kelihatan menarik dan cantik dan membuatkan saya ingin mencubanya. 

Saya telah membeli Sendayu Tinggi Eyes and Cheeks Palette dan Concealer. Tetapi harini saya akan membuat review dan swatches dari palet ini dahulu. Sebab utama saya membeli palet ini kerana saya jatuh hati dengan warna shocking pink yang mengingatkan saya pada palette Jeffree Star yang harga posnya membuatkan saya berfikir 500 kali huhuhu. Ok, mari kita lihat keindahan packaging palet dari Sendayu Tinggi ini.zass

Alahai comelnya

Ada thumbnail warna-warna di dalamnya

Kotak aluminium

Palet ni namanya Fantasy Mermaid

Saya memilih Fantasy Mermaid sebagai palet pilihan. Palet-palet lain yang tak kurang hebatnya ialah Vibrant Charming, Simply Alluring dan Beyond Extravaganza.


Review
Shades/Warna

Warna-warnanya agak menarik ada pelbagai pilihan dari gelap ke terang dan striking. Pelbagai jenis solekan mata boleh dibuat daripada smoky, sweet hinggalah ke aolekan natural. Terdapat dua warna blusher yang pinkish dan pigmented.

Di bawah saya membuat swatches untuk setiap warna. Ada kombinasi matte dan satin finish bagi eyes and cheeks palette ini.





Rasa
Teksturnya ada yang buttery cuma ada satu yang chalky tapi masih ok.

Packaging
Packaging yang sederhana besar, kemas, kompak dan comel.

Aplikasi
Tidak didatangkan dengan berus. Itu tidak menjadi masalah kerana saya punya berus sendiri. Warna senang diblend dan sekali pakai sudah nampak terang.

Berapa Jam Bertahan
Tahan lama, selama anda tidak membasuh dengan air.

Rating 4/5
Saya memberi 4/5 kerana warnanya yang pelbagai, aplikasi yang mudah kerana warnanya yang pigmented. Harganya juga sangat berpatutan iaitu RM 65 untuk 15 warna menarik ini. 

1 comment:

  1. Macam best je. Boleh la beli lepas baca review sis ni. Hihihi...

    ReplyDelete