Hai semua harini saya sangat suka untuk membuat review dan color swatches untuk eyeshadow palette dari jenama L.A. Girl iaitu L.A. Girl’s Beauty Brick Eyeshadow Collection Nudes. Sudah lama saya teringin nak cuba kerana saya pasti ramai yang sudah tahu, La Girl punya concealer sangat famous sehingga ada yang menyamakan ia dengan concealer brand Mac. Jadi harapan saya tinggi terhadap eyeshadow palette ini. Saya memilih 'nudes' kerana saya sukakan solekan mata yang natural. Ia juga ada empat tema palet yang lain iaitu 'ultra', 'smoky' dan 'neon'.
Pandangan hadapan |
Pandangan belakang |
Bahagian dalam, terdapat 12 warna yang menarik. |
Sekali tengok nampak seperti Naked 3 yang bertemakan rose gold. Tetapi saya tidak dapat buat perbandingan kerana belum mempunyai naked palette tersebut T_T. Ok jika lihat gambar di atas, saya terlupa masukkan berus yang didatangkan sekali dengan palet ini. Berus dia biasa-biasa sahaja, lebih baik anda gunakan berus makeup anda sendiri.
Packaging
Dari segi packaging, saya sangat puas hati kerana ianya
- ringan
- kemas
- bila ditutup ada magnet dan bunyi klik. sangat penting bagi saya kerana saya suka ia bertutup rapat
- saiz yang handy senang untuk dibawa travel
Swatches
- Kalau diperhatikan gambar di bawah, hanya terdapat 3 shades yang matte, yang selebihnya kebanyakan semua shades seperti satin.
12 warna yang sangat menarik (maaf lighting kurang menarik) |
- Gambar di atas saya calit tanpa primer. Agak pigmented, dan saya sangat-sangat suka warna no 1,2 dan 4 sebab ia matte.
- Warna-warna di dalamya tiada nama oleh itu saya letak nombor sahaja.
- Warna-warna yag lain juga sangat sesuai untu daily wear.
- Ia juga kekal lama dan bertahan, dan jika dipakai pagi sampai jam 2 petang, warnanya masih kekal elok.
Saya sangat rekomen anda untuk mencuba palette ini kerana harganya yang berpatutan, lebih kurang RM40(tak pasti) untuk 12 warna rosy yang menarik. Anda boleh dapatkan melalui pre-order dengan seller instagram yang sering membuat pre-order untuk produk ini dari US. Saya dapatkannya dari doodletoodle. Seorang seller yang saya gembira berurusan dengannya kerana beliau akan update segala tracking process kepada kita.
Saya menggunakan warna no 2,3 dan 4 |
Okay, sekian sahaja review untuk eyeshadow palette ini. Mungkin juga saya akan buat tutorial dari eyeshadow palette ini. Sekian
No comments:
Post a Comment