Monday, May 30, 2016

Review BH Cosmetic Forever Nude Palette

Hai semua!, harini saya ingin membuat review antara jenama kegemaran saya iaitu BH Cosmetics :). Produk yang akan saya review ialah Forever Nude Palette. Palette apakah ini. Ia sebenarnya all in one palette. Ia ada contour, bronzer, highlighter, setting powder bawah mata, dan blusher. Jom tengok macam mana rupanya.

Pandangan hadapan kotak bewarna peach

Pandangan belakang

Bahagian dalam. Blusher sampai nampak besi nampak sangat suka pakai

Calitan atas kulit

  1. Warna Kuning - sesuai sangat untuk setting bawah mata lepas memakai concealer.
  2. Highlighter - warnanya putih pink sedikit. Juga cantik untuk highlighter di tulang pipi, hidung da atas bibir.
  3. Warna coklat dari kanan, saya selalu gunakan untuk contour tulang pipi, hidung dan juga dijadikan eyebrow. Saya sangat suka warna coklat yang cool tone ini.
  4. Coklat kemerahan. Warna ini saya jarang guna, kerana apabila saya guna ia kelihatan sedikit merah, mungkin jika saya gabungkan kedua-dua warna coklat ini barulah ia menjadi lebih natural.
  5. Akhir sekali blusher. Saya sangat-sangat suka warna ini. Ia mengingatkan saya kepada NARS Orgasm, ada sedikit shimmery yang tidak keterlaluan.

Saya mendapatkan palette ini dari pre-order dengan Bondis Cosmetic Fb. Anda juga boleh dapatkannya di Hermo.my, tetapi saya rasa palette ini sedang out of stock sekarang. Tetapi apa yang boleh saya katakan, anda pasti tak menyesal jika anda membelinya. Sekian.

2 comments:

  1. Nice colour.. kalu mix kan dengan light brown tu cantik. Dapat warna koko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! good idea, Thanks singgah blog saya sis :)

      Delete