Friday, May 13, 2016

Review Foundation Revlon Photoready Airbrush Effect

Hai semua berjumpa lagi kita dalam review foundation. Saya memang suka cuba foundation sebab ianya menyeronokkan (hanya makeup addict yang faham saya rasa). Ia seolah-olah kita membuat eksperimen. Oklah merepek ke laut dah. Harini saya akan membuat review foundation dari brand Revlon iaitu Revlon Photoready Airbrush Effect. Namanya dah catchy, airbrush effect buat saya nak rasai dan lihat sendiri adakah hasilnya seperti yang dikatakan. Moh kita tengok..

Botolnya rendah daripada Revlon Colorstay


Saya membeli foundation ini dalam shade 013 natural ochre. Warna kulit saya dalam MAC ialah NC30. Botol ini mengandungi 30ml foundation. 




Katanya:

1. Airbrush Effect
2. SPF 20
3. Yellow Undertone (saya suka nii)
4. Oil Free/Fragrance Free

Ada pump. baguss saya suka pump
Sekarang mari kita lihat teksturnya bagaimana sih.

Teksturnya tak pekat sangat dan meleleh sikit

Nampak macam ok jugak wananya kuning yang cantik

Saya cuba bau foundation ini, ternyata ia ada sedikit bau seperti apa yeh saya pun tak tahu nak gambarkan bau apa. Baunya seperti almond pun ada, bau yang tak pernah saya bau selama ini ahahaha. Tapi oklah saya boleh terima bau ini. Kemudian saya cuba ratakan pada seluruh tangan saya. 
saya buat separuh je bagi nampak

Jika lihat gambar di atas, saya hanya menyapu separuh sahaja pada tangan saya. Dapat dilihat ia seperti berkilau kan. Sebenarnya foundation ini ada sedikit shimmery. Jadi kalau kita pakai seolah-olah wajah kita ada glitter halus dan pasti muka akan nampak berseri kan? hmmm sepatutnya begitulah teori saya ini, namun tangan saya tidak menipu, saya dapat rasakan kedutan tangan saya makin jelas pula bila menyapu foundation ini. Bagaimana pula hasilnya kalau disapu pada wajah?
Tiba-tiba dua jam selepas pakai keluar jerawat kecik


no filter tau uols sedih je muka 

Kalau dilihat gambar muka saya memang nampak macam tak pakai foundation. Sebab ia memang nipis, dan lepas saya touch up bedak pun, muka saya oklah sekejap lepas tu dia start dah macam rasa tak selesa. Saya rasa kulit saya gatal sedikit selepas memakainya.

Secara keseluruhannya, saya boleh bagi 2/5 bintang kepada produk ini,
  • Warnanya sangat cantik, lebih cantik dari mana-mana foundation yang saya pernah pakai selama ini
  • Teksturnya sangat ok tak tebal, ambil masa sikit untuk ianya set
  • Tak full coverage, sheer semata. memang tak boleh tutup parut, malah kasi jelas lagi ada
  • Saya masih tak berputus asa dengan foundation ini, saya akan cuba campurkan ia dengan Revlon Colorstay dan lihat hasilnya bagaimana
  • Kulit saya rasa gatal sedikit apabila telah lama memakainya. Saya syak dari shimmery dalam foundation ini
Ok saya rasa setakat ini review saya. Revlon brand yang bagus namun foundation ini tidak berjaya menambat hati saya. Ampunn. Sekian, kita jumpa lagi dalam next review. Sesiapa ada cadangan boleh bagi di ruangan komen. Terima kasih






No comments:

Post a Comment