Hai semua harini saya nak review foundation dari brand Bourjois iaitu Bourjois Healthy Mix Foundation. Saya pernah pakai foundation ini dahulu, packagingnya lain sikit, tapi pada masa itu saya tak berapa suka kerana kulit saya nampak malap sahaja.
Tetapi baru-baru ini saya ternampak Watson pun ada menjualnya, jadi saya nak cuba lagi sekali kerana saya baca banyak good review tentangnya dan
packagingnya agak comel dengan gambar buah buahan.
|
Kemain lagi posing ya |
Katanya:
- Bourjois Paris Foundation Radiance Reveal Healthy Mix (dari Paris uols tak dapat LV dapatlah foundation je)
- Healthy Glow & Flawless Complexion up to 16hrs (amboi lamanya)
- Hydrated & Luminous Skin
- Fruit Therapy (macam best je dengar kan :)
Review
Ia datang dalam botol kaca sebanyak 30ml. Penutupnya clear jelas nampak pump berwarna merah kat dalam. Itu salah satu sebab saya membelinya juga sebab ia ada pump yang memudahkan penggunannya.
|
Pump yang kemas dan mudah |
Saya sepatutnya pakai shades no. 53, tapi masa tu dah habis stok, maka saya beli je warna yang cerah sedikit no. 52 dengan harapan taklah nampak macam kelabu asap atau tepung gomak. FYI saya punya warna kulit dalam shades NC30 macam tu.
|
Shades 52 Vanilla |
Meh kita cuba pump tengok warna dan teksturnya macam mana. Ok kalau tengok gambar kat bawah tu, warna dia ada sedikit peachy. Saya sebenarnya suka kalau warna foundation yang sedikit kekuningan sebab bagi saya wajah akan kelihatan lebih segar jika kita pakai warna kuning. Oklah peach pun peachlah janji bau dia best sangat. Sedap je rasa, tak kuat sangat, tak bau macam makcik-makcik, oklah. Saya ni hidung jenis sensitif, kalau wangi sangat boleh pening kepala.
Jika anda lihat gambar kat atas tu, teksturnya pekat juga, yelah kata foundation kan, kalau yang kurang pekat ada lagi jenis yang sama macam ini tapi ia jenis serum, lain kali saya akan review dan buat perbandingan di antara kedua-duanya.
|
Wajah nak minta kena lempang |
Ok, kemudian saya pun dot dot ke seluruh muka saya. Saya ratakan guna tangan sahaja sebab kulit saya ada eczema, jadi saya kurang gemar guna berus. Pakai span pun boleh juga. Abaikanlah muka saya yang macam pakai bedak sejuk nak mintak pelempang tu. Saya hanya mekap mata je dulu.
Ok, ini hasilnya selepas saya dah ratakan, tepek bedak sikit, blusher dan lipgloss. Kesimpulannya saya sangat suka dengan hasilnya, rasanya yang tak tebal, dan saya pakai dari pagi hingga ke tengahari, mekap semua masih kekal dan tidak luntur, atau 'creasing' bagai.
Secara keseluruhannya, saya bagi 4.5/5 bintang
- Harga sederhanalah dalam 50++ tak silap nanti saya update lagi.
- Packaging yang mudah dan kemas
- Pilihan ton warna tak banyak sangat dari shades 51 hingga 55 tapi oklah kat Malaysia biasanya semua boleh masuk dengan shades yang ada.
- Pemakaian mudah tak rasa tebal macam macam pakai foundation sangat.
- Tak menyebabkan jerawat muncul.
- Kalau pakai foundation ini ia akan bagi efek glowy feeling orang Korea, jadi kita yang tak berapa Korea kulit ala2 je ni kalau nak bagi foundation kekal dan tidak kelihatan seperti menternak minyak, sapulah loose powder lepas pakai foundation ye.
- Nak beli lagi tak kalau dah habis? Of course Senah.
Sekian sahaja review saya yang pertama ini, Take care.