Friday, June 24, 2016

DIY Injection Pressed Glitter Eyeshadow

Hai semua, harini saya nak share DIY untuk membuat eyeshadow glitter sendiri di rumah anda. Sekarang ini, trend eyeshadow berglitter. Tetapi nak pakai pun kena tengok event apa yang bersesuaianlah, sebagai contoh dinner. Bahan-bahan yang diperlukan ialah

Bahan utama: Dari kiri Aloe Vera 100%, Glycerin, Alcohol/Spirit

Bahan Wajib: Loose Glitter pelbagai warna, bekas kosong untuk meletakkan glitter yang diproses, picagari(syringe), alat untuk mengacau, saya gunakan cotton bud sahaja.

Cara-caranya

  1.  Dengan menggunakan syringe anda, ambil sebanyak 3ml alcohol, 2ml gliserin dan 1ml aloe vera. Nisbah 3:2:1, campurkan semua dan gaul kesemuanya sehingga sebati

3ml alcohol/spirit

2ml gliserin
1ml aloe vera
Gaul hingga sebati


 2. Kemudian isikan sebatian itu dalam bekas kosong





3. Pilih loose glitter yang anda sukai. Saya memilih warna silver dan mencampurkannya dengan warna pink supaya menjadi efek ala-ala 3d

Masukkan warna silver
Campur warna pink
Gaul-gaul hingga rata
Perlu diingat anda boleh menambah glitter atau menambah sebatian 321 tadi hingga ia menjadi seperti pes.

4. Biarkan ia kering selama 24 jam.

Cantik tak, yang ini saya campurkan pink dan silver bagi efek 3d

Saya membuat satu lagi warna iaitu gold
5. Wajib tunggu 24 jam. Selepas itu proses memampatkannya. Anda gunakan plastik dan duit syiling dan padatkannya seperti gambar di bawah. Tetapi saya menggunakan kain dan membungkus syiling 10 sen.




6. Ok dah siap.Saya ada buat warna lain juga.



7. Sekarang kita cuba calitkannya




Okay, sekian entri DIY kali ini. Perlu diingat loose glitter yang digunakan perlu yang khas untuk mata, bukan yang dibeli di kedai alatulis atau kedai krftangan ye.

Thursday, June 23, 2016

Sendayu Tinggi Fantasy Mermaid Eyes and Cheeks Palette (review dan swatches)

Saya tidak pernah menggunakan sebarang produk dari Sendayu Tinggi kecuali pada suatu hari, semasa saya mencuba tester makeup di Watsons, saya terpandang kaunter Sendayu Tinggi. Saya terpegun melihat brand Malaysia dan packaging yang sangat menarik hati saya. Boleh saya katakan semua produk-produk makeupnya kelihatan menarik dan cantik dan membuatkan saya ingin mencubanya. 

Saya telah membeli Sendayu Tinggi Eyes and Cheeks Palette dan Concealer. Tetapi harini saya akan membuat review dan swatches dari palet ini dahulu. Sebab utama saya membeli palet ini kerana saya jatuh hati dengan warna shocking pink yang mengingatkan saya pada palette Jeffree Star yang harga posnya membuatkan saya berfikir 500 kali huhuhu. Ok, mari kita lihat keindahan packaging palet dari Sendayu Tinggi ini.zass

Alahai comelnya

Ada thumbnail warna-warna di dalamnya

Kotak aluminium

Palet ni namanya Fantasy Mermaid

Saya memilih Fantasy Mermaid sebagai palet pilihan. Palet-palet lain yang tak kurang hebatnya ialah Vibrant Charming, Simply Alluring dan Beyond Extravaganza.


Review
Shades/Warna

Warna-warnanya agak menarik ada pelbagai pilihan dari gelap ke terang dan striking. Pelbagai jenis solekan mata boleh dibuat daripada smoky, sweet hinggalah ke aolekan natural. Terdapat dua warna blusher yang pinkish dan pigmented.

Di bawah saya membuat swatches untuk setiap warna. Ada kombinasi matte dan satin finish bagi eyes and cheeks palette ini.





Rasa
Teksturnya ada yang buttery cuma ada satu yang chalky tapi masih ok.

Packaging
Packaging yang sederhana besar, kemas, kompak dan comel.

Aplikasi
Tidak didatangkan dengan berus. Itu tidak menjadi masalah kerana saya punya berus sendiri. Warna senang diblend dan sekali pakai sudah nampak terang.

Berapa Jam Bertahan
Tahan lama, selama anda tidak membasuh dengan air.

Rating 4/5
Saya memberi 4/5 kerana warnanya yang pelbagai, aplikasi yang mudah kerana warnanya yang pigmented. Harganya juga sangat berpatutan iaitu RM 65 untuk 15 warna menarik ini. 

Monday, June 20, 2016

Ronasutra Compact Foundation Powder review

Hai semua, harini saya akan membuat review mineral foundation dari brand Ronasutra.


 Dahulunya ia hanya ada dalam bentuk loose powder, sekarang ia sudah ada dalam bentuk kompak yang lebih mudah digunakan dan kurang pembaziran.

Ronasutra mengatakan:
  • Kita boleh mendapat coverage secara pantas
  • Ada pelindung UV
  • 100% mineral yang pertama di dalam pasaran
  • Tidak menggunakan minyak atau bahan sintetik dan bebas silikon, pewangi, alkohol dan paraben,
  • Tiada lagi comot dan tumpahan bedak merata-rata.


Macam nilah rupanya

Review
Shades/Warna
Terdapat lapan ton warna. Ivory, Cream Peach, Sawo Yellow, Natural Buff, Honey, Mocha, Chestnut, Dark Chocolate. Saya tidak dapat membuat pilihan pada mulanya kerana saya membeli produk ini secara online. Namun saya tertarik dengan ton yang agak kekuningan. Jadi saya memilih warna Sawo Yellow.

Terdapat banyak ton warna yang sesuai dengan semua warna kulit

Rasa
Agak pekat dan tebal. Sama sekali tidak sama dengan bedak kompak biasa. Hampir sama tekstur dengan two way cake foundation.
Macam foundation liqud kan, tetapi ia tepung

Packaging
Packaging yang ringkas, kemas, kompak dan professional.
Smart, warna hitam, span pun ada tulis Ronasutra.

Aplikasi
Tidak didatangkan dengan berus. Oleh itu anda harus ada berus sendiri iaitu jenis kabuki. Kerana cara pakainya mesti tepek guna span dan ratakan dengan berus kabuki.


Berapa Jam Bertahan
Tahan lama, ia stay matte, tidak berminyak. Lagi best boleh dibawa tidur, kerana ia dikatakan boleh merawat kulit anda.
Rating 4/5
Saya sangat menyukainya kerana ia sangat-sangat mudah dan cepat. Anda boleh jimat masa banyak kerana saya mengambil masa tak sampai 1 minit nak ratakan bedak mineral ini. Sesuai untuk penggunaan setiap hari. Walaubagaimanapun itu tidak bermaksud saya melupakan liquid foundation saya, kerana saya menyukai cara pemakaian liquid foundation.



Video menunjukkan mudahnya menggunakan Ronasutra Compact Foundation

Saturday, June 18, 2016

Cara Menutup Lingkaran Bawah Mata (How to Cover your Dark Circle)

Hahaha tajuk bila dalam BM jadi macam sesuatu bila sebut, ok, harini saya nak share cara-cara menutup atau cover dark circles, atau lingkaran hitam, atau mata panda, atau zombie dan sewaktu dengannya. Dark circle terjadi disebabkan kita kurang tidur, pemakanan, kurang minum air, faktor usia dan boleh jadi juga faktor keturunan. Jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan.

Corrector: LA Girl, Giorgio Armani, Kryolan

Corrector ini fungsinya macam membetulkan atau meneutrakan balik warna kulit bawah mata yang hitam kebiruan. Jadi oren tutup dark blue jadi neutral. Make sense tak?. Jika dilihat kat atas tu, ada tiga jenis jenama corrector: La Girl bertekstur Creamy; paling mudah pakai saya cadangkan anda beli yang ini, tidak mengeringkan bawah mata, yang kedua tu, saya terpengaruh Michelle Phan cakap kat YouTube, warnanya seperti salmon, ok jugak, dan yang ketiga kryolan ni untuk makeup yang tebal, teksturnya sangat pekat dan tebal perlu memakai krim bawah mata untu mengelakkan kekeringan.

Concealer: Maybelline, Dermacolor, La Girl
Concealer ni biasa dah kita dengar kan. Anda boleh pakai apa saja concealer yang anda ada. Yang di atas hanya cadangan sahaja. Tips saya belilah concealer yang tidak terlalu putih. Beli yang sama warna kulit atau satu tone cerah sedikit dari warna kulit kita. Kerana dalam kamera mungkin nampak cantik, tetapi bila face to face nampak kelabu dan tebal. Tetapi jika untuk solekan makeup seperti pengantin atau dinner boleh makeup extravaganza sikit. Tetapi fokus saya hari ini untuk makeup sehari-hari.



Compact Powder atau Loose Powder
Concealer bersifat melekit atau tacky, jadi perlu sangat-sangat finishing dengan powder. Jika lihat gambar di atas, saya hanya suka compact powder no sebum. Sebab tulah dia dah nak habis huhuhu. Loose powder kebiasaannya digunakan oleh MUA. Compact Powder nampak lebih natural dan tidak nampak tebal sangat makeup anda. 

Step by Step



1. Ada orang suka pakai concealer sebelum foundation, ada yang suka pakai foundation baru concealer. Terpulang, ia subjektif bagi keselesaan diri masing-masing. Bagi saya, saya suka pakai foundation dulu baru corrector dan concealer.



2. Apabila muka dah siap sapu foundation, barulah saya sapukan corrector seperti di bawah. Saya hanya sapu sebelah mata sahaja bagi melihat perbezaan antara memakai corrector dengan tidak.

 3. Setel corrector, baru kita sapu concealer ye. Buat segitiga juga, kemudian ratakan dengan sponge. Sponge Real Technique anda boleh dapatkan dari sini.


4. Sebaik sahaja anda selesai ratakan concealer, dengan sepantas kilat anda harus tepek bedak macam tepung gomak dan biar ia baking dalam 5 minit. Sementara tunggu, anda boleh buat benda lain, seperti pakai lipstick ataupun kemas bilik huhuhu.

5. Paling penting, akhir sekali, eyeliner bawah mata dan blurkan guna berus atau smudger jika ada. Warna dark brown paling sesuai. Ini penting untuk mata anda dilihat dan ketara dahulu, sebelum dark circle anda. Mata yang menonjol mengurangkan perhatian terhadap dark circle anda.


Dah siap, saya harap, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan panda eyes anda.

Selamat Mencuba. Practice makes perfect!.



Thursday, June 16, 2016

Review Brow8 Morphe Brushes

Hai semua, harini saya akan membuat review tentang palette untuk kening dari jenama Morphe Brushes iaitu Brow8

Packaging yang simple tetapi smart

Saiz setiap warna yang besar, Bertahun boleh pakai


Close up dari depan pula

Review
Shades/Warna

Terdapat enam warna coklat yang yang berbeza, sesuai untuk matching dengan kening-kening tiap-tiap wanita yang berlainan warna dan ketebalan bulu kening. Kebiasaannya warna dalam dalam palette kening hanya ada dua atau tiga. Tetapi Morphe Brushes datangkan dengan enam, dan ia sangat bersesuaian untuk makeup artist dan kelihatan profesional. Dua warna cream di tepi sekali itu ialah wax untuk set kening dan concealar yang agak pigmented untuk menutup bulu-bulu yang tidak berkenaan, khasnya kepada wanita yang tidak mencukur kening.


Bermacam ton warna coklat keperangan

Rasa
Agak buttery, dan warna super pigmented. Bukan sahaja boleh digunakan untu kening semata-mata, malah boleh sangat dibuat eyeliner bawah mata untuk efek smoky dan eyeliner yang matte ataupun eyeshadow smoky.

Packaging
Packaging yang ringkas, kemas, kompak dan professional.

Aplikasi
Tidak didatangkan dengan berus. Oleh itu anda harus ada berus kening sendiri dan spooli seperti dalam post saya yang lepas.


Berapa Jam Bertahan
Tahan lama, selama anda tidak membasuh dengan air. 

Rating 4/5
Sebagai seorang makeup artist saya sangat menyukainya. Tetapi untuk penggunaan sehari-hari saya lebih suka gunakan eyebrow pencil. 


Saya beli palet ini dari Doodletoodle

Tuesday, June 14, 2016

Review Foundation Bourjois Healthy Mix Serum



Bourjois Healthy Mix Serum
Hai semua, harini saya membuat review foundation iaitu Bourjois Healthy Mix Serum. Sebelum ini saya membeli Bourjois Healthy Mix Foundation dan sangat-sangat menyukainya. Namun saya terbaca review mengatakan jenis serum ini juga tidak kurang hebatnya. Oleh itu saya ingin melihat dan membandingkannya.


Perbandingan size dan pump antara Bourjois Healthy Mix Serum dan Healthy Mix Foundation
Review

Coverage
Coveragenya light to medium. Jika mahu lebih coverage boleh memakai dua lapisan. Tapi ia masih nampak natural dan tidal kelihatan anda memakai bedak yang tebal. Saya menggunakan shades 53 yang mempunyai tone kekuningan yang amat saya sukai

Kiri : BHM Foundation (52) , kanan BHM Serum (53)

Kiri : BHM Foundation, kanan BHM Serum


Rasa
Rasanya memang ringan. Bau yang amat sedap dan segar. Jika Bourjois Foundation rasanya seperti sedikit berminyak, Bourjois Serum rasanya seperti gel foundation. Pakai-pakai terus elok dan tak perlu memakai bedak kerana ia cepat kering. Tapi bukan bermaksud ia mengeringkan wajah. Jika Bourjois Fundation pula ia memberi efek glowy.

Packaging
Packaging yang sangat-sangat comel dan menawan. Merah dan kaca. Ia juga ada pump, oleh itu sangat mudah penggunaannya



Kedua-dua botol comel kan.


Aplikasi
Saya selesa menggunakan jari sahaja kerana lebih cepat ia rata seluruh wajah.

Berapa Jam Bertahan
Ia bertahan lama juga,dari pagi hingga pukul 3 petang masih elok dan tidak membuatkan kulit berpeluh kerana ia memberi fnishing matte.




Rating 5/5
Saya suka semuanya tentag Bourjois Foundation Healthy Mix Serum ini. Memang kulit saya terasa sihat dan tidak membuat kulit saya nampak kusam. Packaging yang mudah dibawa kemana-mana. Senang dipakai dan mudah juga dicuci kerana ia tidak tebal. Highly Recommended. Mungkin saya kelihatan bias terhadap brand ini, tetai memang benar ia sangat bagus.


Sunday, June 12, 2016

Terima Kasih Quaker Oat Malaysia

Beberapa bulan lepas, saya ada memasuki satu pertandingan memasak anjuran Quaker Oat Malaysia dengan tema Oatsome. Disebabkan suami saya minat memasak, dan nampak pula muka Chef Sheersan (betul ke ejaan namanya nih), terus rasa nak cubalah. Suka-suka je pun.

Kan nampak tak, nampak muka Chef rasa nak join contest
 Fikir punya fikir, maka terciptalah resepi ni. Mastermind belakang tabir adalah suami saya. Saya tukang masak atau mengikut je huhu. Jadi di bawah ini setelah siap bersilat kat dapur, dan ambil gambar kami upload kat Fb untuk join pertandingan ini..


 Pertandingan ini nampaknya based on Fb Likes, maka saya punya resepi pula kat bawah-bawah untuk Minggu ke 5, jadi ia menyukarkan family atau rakan-rakan saya untuk vote. Saya lihat peserta di atas mendapat 199 undi, saya pula hanya 10 undi. Jadi saya memang tak menaruh harapan yang tinggi dah. Masuk pertandingan kan untuk suka-suka sahaja.


Entah kenapa haritu, saya rasa nak cek Fb Oat Malaysia sekejap, tup-tup ternampak nama saya sebagai pemenang saguhati. Alhamdulillah, atas dasar apa mereka pilih saya tak tahu, mungkin resepi itu yang agak renyah atau mungkinkah udang tu nampak rangup atau mungkinkah mereka nampak cili potong hiasan tu yang konon-konon macam nostalgia deco zaman dahulu mihmihmih. Apapun saya bersyukur.

Anal-anak yang kehairanan

Tu dia, banyaknya Oat bagi oatttt. Bolehlah saya cuba buat kuih raya untuk raya ini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih pada Quaker Oat Malaysia kerana menganjurkan pertandingan memasak ini.