Sunday, June 12, 2016

Terima Kasih Quaker Oat Malaysia

Beberapa bulan lepas, saya ada memasuki satu pertandingan memasak anjuran Quaker Oat Malaysia dengan tema Oatsome. Disebabkan suami saya minat memasak, dan nampak pula muka Chef Sheersan (betul ke ejaan namanya nih), terus rasa nak cubalah. Suka-suka je pun.

Kan nampak tak, nampak muka Chef rasa nak join contest
 Fikir punya fikir, maka terciptalah resepi ni. Mastermind belakang tabir adalah suami saya. Saya tukang masak atau mengikut je huhu. Jadi di bawah ini setelah siap bersilat kat dapur, dan ambil gambar kami upload kat Fb untuk join pertandingan ini..


 Pertandingan ini nampaknya based on Fb Likes, maka saya punya resepi pula kat bawah-bawah untuk Minggu ke 5, jadi ia menyukarkan family atau rakan-rakan saya untuk vote. Saya lihat peserta di atas mendapat 199 undi, saya pula hanya 10 undi. Jadi saya memang tak menaruh harapan yang tinggi dah. Masuk pertandingan kan untuk suka-suka sahaja.


Entah kenapa haritu, saya rasa nak cek Fb Oat Malaysia sekejap, tup-tup ternampak nama saya sebagai pemenang saguhati. Alhamdulillah, atas dasar apa mereka pilih saya tak tahu, mungkin resepi itu yang agak renyah atau mungkinkah udang tu nampak rangup atau mungkinkah mereka nampak cili potong hiasan tu yang konon-konon macam nostalgia deco zaman dahulu mihmihmih. Apapun saya bersyukur.

Anal-anak yang kehairanan

Tu dia, banyaknya Oat bagi oatttt. Bolehlah saya cuba buat kuih raya untuk raya ini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih pada Quaker Oat Malaysia kerana menganjurkan pertandingan memasak ini.


Friday, June 10, 2016

Basic cara Mengkontur Wajah: Contour, Highlight & Baking

Salam dan hai semua!. Hari ini saya nak berkongsi cara simple saya mengkontur wajah, highlight dan baking. Apa kebenda tu. Hehe, takpelah buat-buat faham sahajalah ye. Hanya orang yang minat dunia makeup peka dengan terms ini. Ok kenapa perlu kontur, highlight bagai ni?. Perlu saya ingatkan teknik ini tidak sesuai untuk solekan harian, nanti orang hairan, atau suami anda terkejut. Katakanlah anda ada event besar, wedding, photoshoot atau saja-saja nak selfie bolehla cuba. Ok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya

  1. Bedak Compact ataupun biasa orang guna loose powder, tapi saya allergik loose powder, boleh tumbuh jerawat.
  2. Kontour  dan Highlight. Yang ni dari brand Sleek
  3. Blusher. Saya pakai warna pink sebab dia macam natural pink
  4. Concealer yang 3 kali cerah dari kulit kita. Maybelline
  5. Concealer yang 1 tona lebih cerah dari kulit kita. La Girl Pro Conceal Cream Beige
  6. Sponge. Ia akan mengembang bila dibasahkan. Real Technique Sponge.
  7. Powder Brush
  8. Fan Brush
  9. Contour Brush
  10. Blending Brush

Fasa 1(Conceal)

Saya biasa mulakan dengan mekap mata, kening dan foundation dulu. Dah siap ratakan foundation, saya akan gunakan concealer buat seperti di bawah. Area bawah mata buat bentuk tiga segi, batang hidung dan dahi. Kemudian gunakan span yang dibasahkan sedikit dan ratakan.


Fasa 2 (Baking)

Dah setel concealer, mulalah membaking. Bukan kuih je boleh baking ye, muka pun kita baking gak. Apa benda baking ni?. Baking ni kita letak bedak lebih banyak sikit dekat area yang dah conceal dan area bawah cheekbone. Tujuannya ialah supaya mekap/bedak tahan lebih lama, tak berminyak dan berkontur. Tidaklah satu muka putih flat sahaja. Apabila bedak bertindakbalas dengan haba kulit kita ia akan masak dan sebab itulah tompokan itu kena dibiarkan sahaja dahulu.

Fasa 3 (Kontur)

Sementara menunggu muka kita masak huhuhu, kita kontur dulu. Saya hanya suka kontur dejat cheekbone dan hidung. Tapi biasanya dalam proses kontur, orang akan kontur termasuk dahi dan bawah dagu supaya wajah nampak sharp dan v line.




Fasa 4 (Bersihkan wajah yang dibaking)

Tajuk pun dah clear kan, jadi kita bersihkan muka yang bertompok macam tepung gomak itu tadi dengan menggunakan powder brush. Pastikan betul-betul sapu rata dan bersih supaya kalau ada flash camera anda tak nampak pelik.


Fasa 5 (Highlight)

Part yang paling saya suka ialah highlight. Highlight ini bertujuan untuk menonjolkkan bahagian tertentu ada wajah supaya nampak lebih berdimensi. Jika lihat gambar di bawah, area paling penting atas tulang pipi, atas bibir, batang hidung atas kening. Fan brush digunakan kerana sapuannya ala-ala sahaja. Tangan pun macam berkipas semasa menyapu highlighter.



 Fasa 5 (Blusher)

Blusher ikut warna apa-apa yang anda suka. Pink and peach memang cantik sangat.


Fasa 6

Dah penat-penat berfasa-fasa, guna setting spray atas segala usaha yang telah dibuat tadi. Ia penting supaya mekap tahan lebih lama.


Okay sekian sahaja tutorial saya kali ini, Sebenarnya ini cara kontur kering. Saya hanya gunakan jenis bedak bukan cream. Cream tu untuk makeup yang lebih heavy. Mungkin pada masa akan datang saya akan cubat buat. Nantikan tutorial, idea-idea makeup di hari raya kelak. Selamat mencuba.


Wednesday, June 8, 2016

Review Foudation Nars Sheer Glow (Punjab)

Hai semua, hari ini saya ingin membuat review foundation Nars Sheer Glow. Foundation ini mendapat banyak review yang baik dari youtubers, mekap artis dan blogger. Oleh itu saya terpanggil untuk mencuba foundation ini. Tetapi oleh kerana saya tidak pasti shades apa yang sesuai dengan warna kulit saya yang NC30 ini, saya membuat keputusan untuk mencuba sampel dahulu. Sekiranya foundation ini bagus, saya berhajat nak membeli beberapa shades khas untuk mekapkan klien-klien tersayangku. gituuuu.


Gambar botol sumber dari Google

http://karlasugar.net/2009/10/nars-sheer-glow-foundation/
Antara shades dalam Nars Sheer Glow
Ok jadi setelah membuat research, saya rasa shades kulit saya sesuai dengan kod Medium 1 Punjab. Maka saya pun membeli sampel dari seorang adik di Instagram (maaf saya lupa trace balik apa nama IG adik tu, nanti saya cek balik).

Kecik je kan, tapi oklah dapat cuba kan
Review
Shades/Warna

Warna kod Punjab, sesuai dengan warna kulit saya. mungkin kalau beli kod lagi gelap saya lebih suka. Pelik kan, kebanyakan orang suka beli warna yang lebih putih dari kulitnya. Saya pula lebih selesa sekiranya ia sama dengan warna kulit saya, sebab senang saya nak kontour, highlight dan muka tidak kelihatan 'muka putih tangan gelap' bak iklan D'Herbs :P.






Coverage
 Coveragenya saya rasa ia light to medium coverage. Saya perlu memakai concealer bagi menutup cela di wajah saya. Ada efek glowy. Jadi bagi mereka yang mempunyai kulit yang berminyak perlu memakai bedak.

Rasa
Feel atau rasa semasa memakainya foundation ini, terasa ringan. Sangat hampir dengan Bourjois Healthy Mix Foundation. Siapa yang hendak memakai foundation seakan-akan Nars tetapi dengan harga yang lebih murah, boleh mencuba Borjois Fundation

Packaging
Sayangnya saya tiada botol sebenar, kelak saya akan update. Apa yang pasti botolnya frosted glass, dan tiada pump. Saya tak berapa gemar kalau tiada pump, kerana melambatkan kerja makeup saya. Tetapi pumpnya boleh dibeli secara berasingan.

Aplikasi
Saya hanya meratakan menggunakan tangan, kerana teksturnya yang tidak terlalu pekat, dan sedikit cair.

Berapa Jam Bertahan
Saya memakai dari tengahari sampai ke petang di dalam cuaca panas Malaysia. Di akhir-akhir, mekap saya agak berminyak dan mekap saya mula luntur sedikit. Mungkin saya perlukan primer dan setting spray.



Rating 3/5
Buat masa ini saya terpaksa memberi 3/5 kerana ia tidak memberi impak seperti yang digambarkan oleh youtuber, beauty guru lain. Mungkin saya perlu membeli botol sebenar, barulah saya dapat merasai perbezaannya.

Tuesday, June 7, 2016

Tutorial Melukis Kening Simple

Hai semua harini saya nak share tutorial melukis kening dengan menggunakan palette khas untuk eyebrow. Anda juga boleh gunakan eyeshadow yang berwarna dark brown/medium brown.

  1. Kening yang kosong
  2. Saya suka guna berus ni kerana ia ada dua bahagian, bahagian membentuk dan spooli untuk blend warna.
  3. Lukis dahulu bentuk kening yang anda suka, ada yang suka berbentuk arch macam ziana zain, ada yang suka lurus je macam artis korea. Terpulang
  4. Kemudian warnakan warna coklat itu tadi bermula dari hujung kening dan membawa ke 3/4 penuh. Kosongkan bahagian hujung depan.
  5. Spooli ni gunanya untuk blend bahagian kosong itu.
  6. Berus-berus sehingga anda puas hati.
  7. Kening natural yang siap.

Tutorial kening ini adalah untuk solekan harian, bukan untuk event-event tertentu. Jika ada event, solekan bahagian kening haruslah lebih pekat. Selamat mencuba.

Link tutorial kening di youtube prettytena

 Selamat Mencuba!

Beraya dengan Baju Fellina Boutique









Dah tempah baju raya tahun ni? Dah?

Saya pun dah. Tapi tangan gatal je nak beli lagi. huhu. Jom join saya beli lagi nak tak? hehe.
Kita perempuan ni, even dah tempah pun baju raya, mata duk menjeling je nak tambah stok baju raya. hehe.


Tahun ni, antara koleksi raya yang paling cantik, koleksi dari Felinna Boutique.

Sejuknya hati bila tengok koleksi baju raya dari Felinna Boutique ni. Tak ketat, tak nampak bentuk tubuh tapi still nampak fashionable.

Koleksi terbaik dari Felinna Boutique.
  • Gorgeous yet masih menutup aurat dengan baik. InsyaAllah.
  • Kualiti dijamin puas hati. :)
  • Warna-warna yang memang sangat cantik, design yang cun melecun, insyaAllah memang puas hati.
  • Size semua dah dinyatakan dalam website kami. Stok masih ada atau tidak, size apa, warna apa, semua ada dan diupdate secara auto setiap masa.

Tak caya? Jom tengok kat website rasmi Felinna Boutique. Melting uolss!

Monday, June 6, 2016

Tutorial Solekan Mata Simple (Kylie Jenner Inspired)

Hai semua, harini saya nak share tutorial solekan mata inspirasi dari Kylie Jenner. Warna yang digunakan adalah warna-warna tanah dan gold. Saya menggunakan eyeshadow palette Zoeva Cocoa Blend bagi menghasilkan solekan mata ini. Ok tanpa membuag masa lagi, jom kita tengok. Maaf kalau ada banyak kurang. 


Zoeva Cocoa Blend


Tutorial Bergambar




  1. Sapu primer pada kelopak mata dan sekitar mata anda, lebih baik jika anda dah bentuk kening terlebih dahulu.
  2. Gunakan salotep khas untuk mekap mata. Kalau takde guna penanda buku yang warna striking tu pun boleh sangat.
  3. Pilih warna tanah yang matte
  4. Sapu di sekitar atas kelopak mata atau crease area. Gunakan berus blending seperti dalam gambar, dan sapu perlahan-lahan sahaja.
  5. Kemudian ambil warna yang gelap sedikit iaitu coklat gelap dan 
  6. Sapu di bahagian outer corner mata dan blend supaya tak nampak kasar sangat.
  7. Tukar berus yang kecil sedikit dan ambil warna hitam
  8. Sapu di bahagian tepi outer corner mata terus ikut line salotep itu tadi
  9. Kemudian bahagian lid atau kelopak pula, ambil warna gold.



10. Kemudian, guna eyeliner dan garis mengikut arah salote itu tadi
11. Sekarang boleh buka salotep itu..Tadaa, jadi winged liner kan
12. Ambil warna coklat gelap tadi, 
13. Sapu di bawah mata, buat ala-ala smoky. penting sangat makeup bawah mata ini untuk dramatik efek, dan mengelakkan mata kelihatan penat.
14. Letakkan maskara atas dan bawah
15. Siap

Kamera saya kualitinya kurang memuaskan. Sebenarnya real life, warnanya jelas dan terang. Makeup ini sesuai dipakai bila-bila masa sahaja dan tidak kira apa event sekalipun kerana ia bernada tanah. Saya harap tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang nak belajar makeup mata yang simple dan mudah. Terima kasih

Saturday, June 4, 2016

Review Zoeva Cocoa Blend Eyeshadow Palette

Hai semua!. Hari ini saya nak share review eyeshadow idaman saya iaitu eyeshadow brand Zoeva iaitu Cocoa Blend. Eyeshadow Palettenya semua lawa-lawa sangat warnanya dan dari review blogger lain ramai yang mengatakan ia sangat pigmented dan kualiti yang hampir sama dengan Urban Decay Naked Palette tetapi dengan harga yang lebih murah. Ok jom kita tengok packagingnya bagaimana.

Zoeva Cocoa Blend
Tengok warnanya boleh pitam nangis dibuatnya

Packaging

  • Kemas, kompak, cantik sangat
  • Tiada cermin, tak ada masalah bagi saya
  • Material palette dari kadbod berkualiti, bila dtutup ada bunyi 'klik' magnet
  • Palette ini didatangkan dengan sarung yang boleh disimpan untuk lebih tertutup rapat




 Warna
  • Terdapat 10 warna yang sangat menarik di mana terdapat 4 warna matte dan 6 lagi agak satin tetapi tidak terlalu shimmery.
  • Warna yang sangat pigmented, tidak chalky malah buttery sangat
  • Nama-nama tiap eyeshadow juga menarik tetapi agak panjang menyebutnya

Zoom in Warna
Betterstart, Sweeterend, Warm Notes, Pure Ganache, Substitute For Love, Freshly Toasted

 
Subtle Blend, Beans Are White, Infusion, Delicate Acidity
Swatches



 Nampak kan?, warnanya memang pekat dan pigmented. Bermacam-macam solekan mata boleh dibuat dari solekan natural ke solekan smoky.

Saya akan update solekan mata menggunakan Zoeva Palette ini.