Showing posts with label Makeup Hacks. Show all posts
Showing posts with label Makeup Hacks. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

Primer Pilihan

Hai semua, lama dah blog bersawang, anak-anak sakit maknya sakit jadi tergendalah sementara penulisan blog saya. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang primer sebelum solekan. Biasa tak anda pakai?. Saya pasti ada yang tidak biasa memakainya, ada yang hanya memakai moisturizer. Sebenarnya itu pun sudah cukup. Tetapi kulit saya jenis yang bila pakai moisturizer kemudian pakai pulak foundation dan mekap, muka saya akan cepat berminyak dan berpeluh. Jadi primer pilihan saya berbanding pelembab muka.

Apakah itu primer?


  • Sebagai makeup base
  • Terdapat dalam dua warna kebiasaanya iaitu translucent dan tinted ala-ala warna foundation.


Apa kebaikan primer ini?

  • Makeup tahan lebih lama
  • Kurangkan perpeluhan, kan ada setengah foundation menyebabkan kulit anda tersumbat dan berpeluh.
  • Menutup pori-pori
  • Menutup garisan-garisan halus atau kedut
  • Senang nak sapu foundation sebab primer ini melicinkan permukaan kulit anda
  • Melembutkan kulit


Primer apa yang sesuai dengan kulit saya?
  • Ia sangat subjektif kerana ia bergantung pada jenis kulit anda samada anda memerlukan dari segi oil-control atau nak ia lebih hydrate.



Gambar di atas adalah di antara primer yang saya miliki. Setiap primer ini berlainan tekstur dan perasaan bila saya memakainya. Di bawah adalah review saya mengenai primer-primer tersebut

1. Benefit Porefessional

  • Sangat famous
  • Sesuai untuk kulit berminyak
  • Menutup liang-liang roma
  • Harga sedikit mahal
  • Warna tinted beige


2. Maybelline Baby Skin

  • Warna clear 
  • Bila pakai kulit terasa sangat licin
  • Tekstur seperti silikon
  • Kurang gemar kerana kulit cepat berpeluh

3. Kanebo CC Cream

  • Ia bukan primer tetapi jika anda tiada primer, anda boleh gunakan cc cream sebagai primer
  • Saya paling sukakan cc cream aka primer ini.
  • Makeup stay, tidak berpeluh, wajah nampak berseri sedikit
  • Tekstur yang creamy

4. Etude House Face Blur

  • Tekstur yang cair
  • Bau yang wangi, di mana saya kurang gemar
  • Menutup pori, mengurangkan minyak pada muka
  • Mekap tahan lama dan wajah nampak berseri

5. Honey Bee Venom

  • Makeup artist Malaysia ramai yang sukakannya
  • Saya pun sukakannya
  • Bau madu yang sangat menceriakan dan lembut sahaja baunya
  • Kulit akan terasa lembut sangat
  • Mekap kekal lama
  • Saya hanya pakai sekali sekala kerana saya masih sukakan pakai cc cream yang belum habis itu.

Sekian sahaja review saya tentang primer pilihan. Boleh share apakah primer pilihan anda?

Wednesday, August 24, 2016

Eyeliner Tips and Trick

Hai semua, bersawang sekejap blog prettytena ini kerana banyak hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Ok kali ini, kita cerita topik eyeliner. Saya merasakan eyeliner suatu perkara yang penting di dalam mekap. Kiranya kalau keluar rumah tak pakai bedak atau apa-apa mekap, at least kena ada eyeliner untuk mengelakkan mata saya keihatan penat. Saya mempunyai kelopak mata yang tebal, senang orang ingat saya mengantuk di mana-mana. Anda suka eyeliner bagaimana?


Okay, gambar di atas menunjukkan koleksi eyeliner saya mengikut jenis-jenisnya. Dari kiri,

  1. Tony Moly Eyeliner jenis gel yang dilengkapi dengan berus: Saya sukakan cara aplikasinya dan botol yang menarik. Tetapi kita harus mencuci berus setiap kali lepas digunakan kerana berusnya akan jadi keras.
  2. Etude House Liquid eyeliner yang super black: Saya sukakan warnanya, namun oleh kerana mata saya jenis berkelip berpuluh kali sesaat, agak sukar melakukannya. Apapun saya suka warnanya yang super black.
  3. All time favorite: Silky Girl Eyeliner. Saya tak tahu apakah jenis eyeliner ini, seperti crayon, mudah digunakan, cuma pusing sahaja. Sesuai untuk penggunaan setiap hari.
  4. Brand Viva: Pencil Eyeliner. Pun saya suka, kerana ianya sangat mudah digunakan, tidak comot, ada penutup, tetapi yang malasnya nak asah tu. 
  5. Rimmel Kohl: Jenis Kohl ini ia macam celak, sangat pekat dan hitam, tetapi kalau anda jenis senang berpeluh atau berminyak, ia boleh menyebabkan comot di bawah mata anda.
  6. Witch's Pouch Big Marker Skinny Brush Liner: Saya suka sangat eyeliner ini, mudah digunakan, warna hitamnya pekat dan mudah digunakan

Eyeliner Tips 

Winged Eyeliner

Anda sukakan winged eyeliner?, ada banyak cara untuk jadikannya winged, contoh dengan menggunakan kad, salotep, jenis berus yang bersesuaian, mana-mana pun boleh mengikut citarasa dan mana yang lebih mudah buat anda. Di sini saya berkongsi cara saya membuat winged eyeliner dengan menggunakan dua jenis eyeliner iaitu jenis crayon (Silky Girl) dan marker (Witch's Pouch)

1. Mula-mula saya gariskan eyeliner seperti gambar di atas (kiri). Stop sampai hujung, dekat hujung tu, buatlah garisan itu tebal sedikit, hujung tau bukan tengah yang tebal.
2. Kemudian dengan menggunaan marker liner buat wing dan sambungkan dengan eyeliner yang saya dah buat awal-awal tadi. 

- Saya suka gabungkan dua jenis eyeliner kerana jika saya menggunakan liquid eyeliner, biasanya ia akan jadi tidak kemas kerana mata saya berkedip non stop.



Eyeliner Ala-ala

Adehh nama tak boleh tahan. Ia sebenarnya seperti kita menggunakan teknik smudge, tetapi saya tidak akan smudge hanya menambah warna sahaja. Eyeliner jenis ini sesuai bagi tone down sikit eyeliner yang kita pakai, dan memberi efek natural dan lebih lembut.


1. Saya melukis mata dengan eyeliner jenis liquid.

2. Kemudian dengan menggunakan eyebrow powder, saya menyapu mengikut garis eyeliner itu tadi.

3. Siap, eyeliner seperti smudge tetapi tak perlu tonyoh gituuu.




Okay, sekian topik eyeliner kali ini, lama dah saya tidak buat review foundation. Tunggguuuu.

Tuesday, July 12, 2016

Ada Apa dengan Nyx Jumbo Eye Pencil in Milk

Hai semua, masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin jika ada entri saya yang membuatkan anda kurang senang dan sebagainya. Lama saya tak buat entri, dek kerana kesibukan pulang beraya dan bercuti bersama keluarga. Sehari sebelum raya, saya sempat grab Nyx Jumbo Eye Pencil in Milk. Dalam banyak-banyak warna kenapa pilih warna putih ni?. Sebenarnya banyak sangat kegunaannya dalam makeup gituuu.

Putih suci warnanya
Ia dipanggil jumbo kerana matanya yang gemuk dan besar. Harganya sangat berpatutan, jika dibeli di Sephora, harganya ialah RM24.


Jika dicalitkan di tangan begini rupanya

Macam inilah rupanya bila dcalit dan diblend

Teksturnya seperti crayon, agak pekat, tetapi mudah diblend. Ok sekarang kita lihat kat mana kita boleh aplikasikan nyx jumbo pencil milk ini


Pecah pulak gambar zoon ni

Ok, jika dilihat gambar di atas, kegunaannya mengikut nombor

  1. Highlight bawah kening, menutup juga bulu-bulu
  2. Sebagai eyebase. Warna eyeshadow akan lebih jelas dan mekap mata akan tahan lama dan tidak creasing.
  3. Highlight di inner corner eyes
  4. Waterline-kepada sesiapa yang sukakan mata kelihatan bulat, besar dan segar, boleh lukis warna putih ye di waterline.
  5. Takde concealer?, jangan khuatir, nyx jumbo eye pencil boleh bertindak menjadi under eye concealer juga.
  6. Tiada dalam gambar, ia boleh jadi highlight hidung supaya hidung kelihatan mancung gituu.

Eye shadow ini berwarna cerah, bila guna nyx sebagai eyebase, warna jels kelihatan

Hasilnya setelah diblend. Agak mudah juga saya menggunkan nyx jumbo eye pencil ini, kerana ia senang digunakan, tidak melekit, cepat set, warna putih yang cantik. Kira tak rugilah saya membeli jumbo pencil ini. Macam-macam adaaa.