Showing posts with label First Impression. Show all posts
Showing posts with label First Impression. Show all posts

Friday, July 29, 2016

First Time Impression Althea Birthday Box

Hai semua, masih dalam minggu birthday baby Althea yang pertama. Saya ingin sekali berkongsi barangan kosmetik dari Korea yang telah dipilih oleh saya. Jom kita tengok apakah barangan tersebut,



1. DIY Cushion dari It's My Cushion


Kotak dan casingnya


Dalamannya

Eh, kenapa kosong?. Haaa ini yang specialnya produk ini. Ianya memang casing semata-mata, bermaksud kita boleh DIY sendiri cushion kita mengikut citarasa kita. Pada entri seterusnya saya akan menunjukkan cara-cara membuat DIY cushion. Ianya sangat mudah kerana kita boleh memilih foundation mengikut warna yang bersesuaian dengan kulit kita dan ianya sangat menyeronokkan. Terdapat banyak lagi warna-warna yang menarik dalam DIY cushion ini.

2. Foundation Witch's Pouch Shades No 23.



Ada Pump yeay

Tekstur yang sangat pekat

Tetapi mudah blend

Shades No. 23
Saya memilih untuk mencuba foundation ini, kerana saya tidak pernah mempunyai foundation dari Korea. Jadi saya ingin elihat sejauh manakah perbezaan foundation Korea dan US ini. Foundation Witch's Pouch mempunyai tekstur foundation yang sangat pekat, tetapi mudah diblend kerana ia diperkayakan dengan glycerin dan aloe vera. Ia juga mempunyai SPF 30++. Namun begitu, ia mempunyai bau bedak yang amat kuat, Hidung saya yang super sensitf terhadap produ yang sangat wangi tidak dapat menerimanya pada peringkat permulaan. Lama-kelamaan barulah bau itu pudar.


3. Witch's Pouch Skinny Brush Big Marker Liner 




Saya amat sukakannya!. Ia gemuk, dan memudahkan untuk jejari gemuk saya memegangnya. Ia mempunyai bebuli di dalammnya, di mana kita hanya perlu menggoncangkannya supaya warnanya lebih rata. Warnanya hitam pekat, cara sapuannya juga mudah dan tidak comot.


4. Witch's Pouch Get it dual brow pencilcara




Get It Dual Pencilcara ini, memang sangat memudahkan kerja. Lukis kening kemudian, dengan menggunakan pensi yang sama, gunaka maskara utuk efek lebih tahan lama dan nampak natural. Juga dari Witch's Pouch.


5. Keep in Touch [Snow White] Water Lip Tattoo





Brand yang comel namanya Keep in Touch. Lip Tatoo memang seperti namanya, ia memang seperti tatoo, selepas memakainya, walaupun anda makan or minum, warnanya masih kekal. Tekstur warnanya jenis sheer, glossy, tetapi colorstay. Macam mana tu?. Ia didatangkan dengan lima warna yang menarik. Saya pasti akan mencuba warna-warna lain juga.

6. W-Lab Sebum Out





Kesayangan saya ini!. Dah dua kali saya beli bedak kompak ini. Kenapa saya suka sangat Sebum Out ini?.

  • Bertindak sebagai makeup fix- ia control minyak kat muka
  • Matte di luar, tetapi moist di dalam kulit
  • Kulit nampak fresh
  • Tidak menyebabkan jerawat muncul, sebab sesetengah bedak menyebabkan muka saya tumbuh jerawat.
  • Perlu guna dengan puffnya yeh, baru ia semakin menjadi. ahhaha make sense tak. Takpelah cuba dulu baru tahu yeh.
  • Tanjat mok, baca ia juga leh jadi deodorant. Guna puff yang baru untuk tepek kat ketiak. Saya ta pernah cuba lagi ni. Mungkin masa-masa kecemasan, boleh guna ni hiihihi. Jangan dah tepek ketiak gi tepek muka pulak. lain baunya kang.

7. W-Lab BLACK KILL 3 Step Nose Pack



Saya sukakan Nose Pack yang didatangkan dengan 3 step ini iaiatu Kill, Pull dan Close. Saya sukakan no 1 dan 3. Tetapi untuk pull, ia masih tidak dapat menandingi Vietnam Mask saya guna. Apapun No 1 dan 3 amat saya sukai da saya akan beli lagi kerana hidung rasa selembut sutera selepas memakainya.

8. Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask


Yeay, saya dapat free sample dari Innisfree!. Tengok Innisfree teringat Yoona SnSd huhu. Jeju Super Volcanic Clay Mask ini berfungsi 3 in 1, iaitu removes sebum, brightens skin tone dan trouble care. Saya belum mencubanya lagi. Tetapi melihat review positif yang sangat banyak. Saya percaya ia produk yang bagus.

Ok selesai sudah review produk-produk mekap dan kecantikan dari Althea. Kr. Saya amat berpuas hati bukan sahaja dengan produk, dengan servis, website yang mesra pengguna. Baru setahun usianya, tetapi servisnya sangat bagus dan memuaskan hati saya sebagai pembeli. Tahniah Althea.Kr. Saya akan terus menyokong anda, sekali lagi Happy Birthday Althea Korea!.

Wednesday, July 20, 2016

Althea Turns 1!!

Hai semua, lama saya tak update blog, walaupun macam-macam benda saya nak update. Kepala ligat berfikir, tetapi badan saya tidak mengizinkan kerana saya telah terkena demam raya. Demam raya virusnya kuat jugak, gigil tiga hari tiga malam dan selepas itu badan menjadi sangat-sangat sakit dan lesu. Apapun alhamdulillah saya telah kembali sihat dan kebetulan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Apakah harinya itu?



Hari ini bersamaan 20 Julai 2016, ialah ulangtahun althea.kr yang setahun!!! Wohooooo!!. Happy Birthday Althea Korea!!. Warna pinkkk, saya sukaaa!!


Parcel dari althea: kotak pink yang sungguh comel!
Wau macam-macam ada!
Bestnya, ada macam-macam barang dalam kotak birthday ini. Full review saya akan update dalam next entri iaitu sepanjang minggu birthday althea ini. Ok sekarang saya akan share produk-produk di atas:


Merujuk gambar di atas, dari kiri ialah foundation yeayy, DIY Cushion menarik kan?, Lip Tatoo, Eyeliner, DualCara untuk kening, bedak kompak sebum out, nose pack dan extra gift dari Innisfree. Wohoooo!!. Tak sabar rasanya saya nak cuba setiap produk di atas.

Anda mahu juga?, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kotak cantik berwarna pink dari Althea.kr ini. Mungkin ada yang masih bimbang dengan pembelian kosmetik dari luar negara. Jangan risau, Althea bukan sahaja menjual produk hanya yang original sahaja, malahan postage hanya mengambil masa 3 ke 4 hari. Biasanya jika saya beli barangan dari Korea, ia mengambil masa hampir dua minggu dan ada juga yang memakan masa sebulan. Tetapi saya boleh katakan ini antara perhidamatan terlaju saya pernah dapat.


Celebration Masih Berlangsung dari 20th July hingga 31st July




Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.
Free Goodies for first 1,500 shoppers 
Full size beauty products. While stocks last.






Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE! 
Rebate will be credited into your account.  






#AltheaTurns1 Instagram Contest 
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! 
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

Saya pun tak mahu ketinggalan dan ingin join sekali contest bersama-sama.

Happy Birthday Althea!!




Atas ini pula ialah percubaan pertama saya membuat stop motion video khas buat Althea.kr, 
Saya harapkan semoga Althea Korea terus maju jaya dan sukses selalu.

#AltheaTurns1