Friday, July 29, 2016

First Time Impression Althea Birthday Box

Hai semua, masih dalam minggu birthday baby Althea yang pertama. Saya ingin sekali berkongsi barangan kosmetik dari Korea yang telah dipilih oleh saya. Jom kita tengok apakah barangan tersebut,



1. DIY Cushion dari It's My Cushion


Kotak dan casingnya


Dalamannya

Eh, kenapa kosong?. Haaa ini yang specialnya produk ini. Ianya memang casing semata-mata, bermaksud kita boleh DIY sendiri cushion kita mengikut citarasa kita. Pada entri seterusnya saya akan menunjukkan cara-cara membuat DIY cushion. Ianya sangat mudah kerana kita boleh memilih foundation mengikut warna yang bersesuaian dengan kulit kita dan ianya sangat menyeronokkan. Terdapat banyak lagi warna-warna yang menarik dalam DIY cushion ini.

2. Foundation Witch's Pouch Shades No 23.



Ada Pump yeay

Tekstur yang sangat pekat

Tetapi mudah blend

Shades No. 23
Saya memilih untuk mencuba foundation ini, kerana saya tidak pernah mempunyai foundation dari Korea. Jadi saya ingin elihat sejauh manakah perbezaan foundation Korea dan US ini. Foundation Witch's Pouch mempunyai tekstur foundation yang sangat pekat, tetapi mudah diblend kerana ia diperkayakan dengan glycerin dan aloe vera. Ia juga mempunyai SPF 30++. Namun begitu, ia mempunyai bau bedak yang amat kuat, Hidung saya yang super sensitf terhadap produ yang sangat wangi tidak dapat menerimanya pada peringkat permulaan. Lama-kelamaan barulah bau itu pudar.


3. Witch's Pouch Skinny Brush Big Marker Liner 




Saya amat sukakannya!. Ia gemuk, dan memudahkan untuk jejari gemuk saya memegangnya. Ia mempunyai bebuli di dalammnya, di mana kita hanya perlu menggoncangkannya supaya warnanya lebih rata. Warnanya hitam pekat, cara sapuannya juga mudah dan tidak comot.


4. Witch's Pouch Get it dual brow pencilcara




Get It Dual Pencilcara ini, memang sangat memudahkan kerja. Lukis kening kemudian, dengan menggunakan pensi yang sama, gunaka maskara utuk efek lebih tahan lama dan nampak natural. Juga dari Witch's Pouch.


5. Keep in Touch [Snow White] Water Lip Tattoo





Brand yang comel namanya Keep in Touch. Lip Tatoo memang seperti namanya, ia memang seperti tatoo, selepas memakainya, walaupun anda makan or minum, warnanya masih kekal. Tekstur warnanya jenis sheer, glossy, tetapi colorstay. Macam mana tu?. Ia didatangkan dengan lima warna yang menarik. Saya pasti akan mencuba warna-warna lain juga.

6. W-Lab Sebum Out





Kesayangan saya ini!. Dah dua kali saya beli bedak kompak ini. Kenapa saya suka sangat Sebum Out ini?.

  • Bertindak sebagai makeup fix- ia control minyak kat muka
  • Matte di luar, tetapi moist di dalam kulit
  • Kulit nampak fresh
  • Tidak menyebabkan jerawat muncul, sebab sesetengah bedak menyebabkan muka saya tumbuh jerawat.
  • Perlu guna dengan puffnya yeh, baru ia semakin menjadi. ahhaha make sense tak. Takpelah cuba dulu baru tahu yeh.
  • Tanjat mok, baca ia juga leh jadi deodorant. Guna puff yang baru untuk tepek kat ketiak. Saya ta pernah cuba lagi ni. Mungkin masa-masa kecemasan, boleh guna ni hiihihi. Jangan dah tepek ketiak gi tepek muka pulak. lain baunya kang.

7. W-Lab BLACK KILL 3 Step Nose Pack



Saya sukakan Nose Pack yang didatangkan dengan 3 step ini iaiatu Kill, Pull dan Close. Saya sukakan no 1 dan 3. Tetapi untuk pull, ia masih tidak dapat menandingi Vietnam Mask saya guna. Apapun No 1 dan 3 amat saya sukai da saya akan beli lagi kerana hidung rasa selembut sutera selepas memakainya.

8. Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask


Yeay, saya dapat free sample dari Innisfree!. Tengok Innisfree teringat Yoona SnSd huhu. Jeju Super Volcanic Clay Mask ini berfungsi 3 in 1, iaitu removes sebum, brightens skin tone dan trouble care. Saya belum mencubanya lagi. Tetapi melihat review positif yang sangat banyak. Saya percaya ia produk yang bagus.

Ok selesai sudah review produk-produk mekap dan kecantikan dari Althea. Kr. Saya amat berpuas hati bukan sahaja dengan produk, dengan servis, website yang mesra pengguna. Baru setahun usianya, tetapi servisnya sangat bagus dan memuaskan hati saya sebagai pembeli. Tahniah Althea.Kr. Saya akan terus menyokong anda, sekali lagi Happy Birthday Althea Korea!.

No comments:

Post a Comment