Tuesday, July 12, 2016

Ada Apa dengan Nyx Jumbo Eye Pencil in Milk

Hai semua, masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin jika ada entri saya yang membuatkan anda kurang senang dan sebagainya. Lama saya tak buat entri, dek kerana kesibukan pulang beraya dan bercuti bersama keluarga. Sehari sebelum raya, saya sempat grab Nyx Jumbo Eye Pencil in Milk. Dalam banyak-banyak warna kenapa pilih warna putih ni?. Sebenarnya banyak sangat kegunaannya dalam makeup gituuu.

Putih suci warnanya
Ia dipanggil jumbo kerana matanya yang gemuk dan besar. Harganya sangat berpatutan, jika dibeli di Sephora, harganya ialah RM24.


Jika dicalitkan di tangan begini rupanya

Macam inilah rupanya bila dcalit dan diblend

Teksturnya seperti crayon, agak pekat, tetapi mudah diblend. Ok sekarang kita lihat kat mana kita boleh aplikasikan nyx jumbo pencil milk ini


Pecah pulak gambar zoon ni

Ok, jika dilihat gambar di atas, kegunaannya mengikut nombor

  1. Highlight bawah kening, menutup juga bulu-bulu
  2. Sebagai eyebase. Warna eyeshadow akan lebih jelas dan mekap mata akan tahan lama dan tidak creasing.
  3. Highlight di inner corner eyes
  4. Waterline-kepada sesiapa yang sukakan mata kelihatan bulat, besar dan segar, boleh lukis warna putih ye di waterline.
  5. Takde concealer?, jangan khuatir, nyx jumbo eye pencil boleh bertindak menjadi under eye concealer juga.
  6. Tiada dalam gambar, ia boleh jadi highlight hidung supaya hidung kelihatan mancung gituu.

Eye shadow ini berwarna cerah, bila guna nyx sebagai eyebase, warna jels kelihatan

Hasilnya setelah diblend. Agak mudah juga saya menggunkan nyx jumbo eye pencil ini, kerana ia senang digunakan, tidak melekit, cepat set, warna putih yang cantik. Kira tak rugilah saya membeli jumbo pencil ini. Macam-macam adaaa.

Sunday, July 3, 2016

Foundation Review: Revlon Colorstay

Kita berjumpa lagi dalam topik yang saya suka dan tak jemu mencuba iaitu Foundation Review. Harini saya akan membuat review dari brand Revlon, iaitu Revlon Colorstay. Banyak review yang positif saya lihat di Youtube mahupun blog tentang foundation ini. Jadi saya pun cubalah untuk melihat sejauh manakah best ke tak produk ini.


Produk ini katanya....

  • Full coverage for up to 24 hours (wuiih)
  • Flawless look, shine free finish
  • Buildable to full coverage
  • Combination/Oily

Review

Shades/Warna
Yang bertanda pink itu warna shades saya
Saya sukakan Revlon Colorstay ini kerana ia mempunyai seleksi yang luas dalam pemilihan wrna mengikut kesesuaian warna kulit. Saya membeli dalam shades 310 iaitu Warm Golden. Saya tidak pasti sebenarnya apakah shades yang bersesuaian dengan warna kulit saya, tetapi promoter di Watson Alamanda yang peramah telah memilih warna ini untuk saya dan saya percayakannya. Oklah warnanya tidak jauh beza dan cocok dengan warna kulit saya :). 




Jika dilihat gambar di atas, shades Revlon agak peachy berbanding Bourjois yang kekuningan. Saya sebenarnya lebih gemarkan foundation yang berona kekuningan, namun tak mengapa ini hanya calitan pada tangan, nanti kita lihat di wajah bagaimana.

Rasa
Agak pekat, harus digoncang terlebih dahulu sebelum guna. Ada bau, baunya seperi kosmetik, tiada wangian lain. Ia membuatkan saya teringat kepada foundation Double Wear by Estee Lauder


Packaging
Packaging yang ringkas, kemas, kompak dan professional. Saya sukakan pump. Mudah sangat.




Aplikasi
Saya menggoncangkan ia, dan meyapu pada sebelah wajah sahaja untuk melihat perbezaan memakai foundation atau tidak.

Warnanya sedikit gelap dari kulit saya. Yang pasti wajah saya jelihatan kelam, mungkin kerana tersilap pilih warna, mungkin juga kerana tone yang agak peachy.

Saya juga dapati ia mengambil masa yang lama untuk set di wajah saya. Saya dapat lihat jelas pula pori wajah saya, ia seolah olah menyerlahkan lagi pori wajah saya.

Berapa Jam Bertahan
Katanya ia boleh bertahan lama, memang ia boleh bertahan lama, tetapi  Saya dapat rasakan kulit saya tebal dan seolah memakai foundation tebal.

Rating 3/5
Pertama kali saya mencuba, saya amat menyukainya, tetapi apabila melihat wajah saya kelihatan dull di dalam gambar, saya mungkin kena memilih warna yang lebih tepat. Saya pernah cuba mencampurkan revlon colorstay dan photoready, hasilnya lebih baik dari tidak dicampur. Secara keseluruhannya, foundation brand Revlon belum berjaya menambat hati saya. Mungkin di masa akan datang saya boleh mencuba lagi foundation Revlon yang lain pula.

Friday, July 1, 2016

Mari Membasuh Berus

Hai semua, tengah masak ke tu?. Harini saya ingin berkongsi cara mudah membasuh berus makeup. Makeup makeup juga, tetapi berus dan span yang kita guna harus dibasuh sekurang-kurangnya seminggu sekali jika kita seorang pemekap tegar. jika sekali sekala guna, oklah basuh 2 atau 3 minggu sekali. Bagi MUA pula, setiap kali ingin mekap klien, berus mekap harus berada dalam keadaan bersih agar tidak berlaku infeksi  atau alergi yang tidak diingini seperti kulit sensitif, jadi berbiji-biji dan merah-merah. Bagi saya juga berus mekap saya sendiri disimpan berasingan dengan berus mekap khas untuk klien saya. Oklah banyak sangat dah pot pet, jom kita tengok caranya. Ada berbagai cara sebenarnya:

Kesayangan sedang berposing

  • Ada yang membeli pembersih khas untuk mekap (harga mahal dan mungkin ada banyak chemical)
  • Ada yang memakai olive oil dan sabun pencuci pinggan (kalau datang mood rajin saya)
  • Ada yang menggunakan syampu untuk baby (saya suka yang ini)
  • Ada yang menggunakan makeup remover atau cleansing water (saya gunakan cara ini hari ini)
Cleansing water dan Makeup Remover

Bahan-bahan diperlukan

  • Berus dan span mekap yang digunakan
  • Mangkuk atau bekas leper
  • Cleansing water atau makeup remover
  • Tapak tangan yang bersih
  • Gelas atau bekas yang tinggi
  • Tisu atau kain yang bersih



Cara-cara
  • Tuangkan makeup remover dan tambah sedikit air
  • Celupkan berus dan mulalah menyental dengan lemah lembut seolah-olah kita sedang melukis.






  • Tak cukup melukis, lukis di tapak tangan anda pula.


  • Bilas dengan air, pastikan anda basuh bulu menghala ke bawah, dan bilas air tu, air tidak terkena pada bahagian besi. Ini kerana dikhuatiri ia terkena bahagian dalaman besi atau kayu dan menjadi lembab atau kembang atau rosak.

  • Perah dengan tangan.

  • Jemur seperti dalam gambar. Masukkan tisu atau kain terlebih dahulu, dan letak sahaja berus dalam keadaan menegak. Letak ala-ala lembut je tau bukan tekan, nanti bulu berus lari shape dia


Boleh juga baringkan ia, dan jemur, tetapi pada peringkat basah, saya lebih suka ia begini, bagi air mengalir turun ikut graviti gteww. Jadi berus pun tahan lama.


Selamat Mencuba!

Wednesday, June 29, 2016

Strobing?

Strobing pulak dah.. apa benda pulak tuh. Teknik mekap antara yang paling latest sekarang. Ianya kesinambungan dari contouring, di mana contouring kita menggunakan warna yang dua kali lebih gelap dan dua kali lebih cerah dari kulit kita  untuk memberi efek dimensi dan cantik pada wajah, strobing pula memfokus pada highlight dengan menggunakan higlighter sahaja bagi menaikkan seri wajah, menonjolkan part-part menarik pada struktur wajah kita.

Produk yang digunakan adalah highlighter. Bila kita pakainya?. Selepas selesai semua makeup siap berbedak bagai. Saya tak ada highlighter. Tak apa, guna eyeshadow warna putih atau krim yang shining boleh sangat-sangat.

Gambar di atas saya tunjukkan highighter yang boleh diambil dari palet eyeshadow, blusher dan palet contour

Cara-cara

1. Siap full makeup, makeup biasa-biasa pun tak apa, tak perlu contour, janji dah tepek bedak bagi matte.



2.  Tepek highlighter di kawasan yang dibulatkan.


3. RATAKAN. Kenapa huruf besar ni. Sebab penting kena blend elok-elok supaya tak nampak bercapuk. Saya gunakan fan brush sebab paling mudah dan lembut.


4. Bahagian batang hidung ratakan pakai jari. nak bagi efek mancung dan hidung tak berapa kembang jambu.


5. Dah siap. Teruk juga lighting bilik saya plus wajah yang memang tak cukup tidur. Tapi gitulah strobing ni ceritanya serba sedikit.


Kesimpulannya saya suka teknik strobing ini, walaupun saya tahu ramai orang tidak menggemarinya. Ada yang berkata, saya belum kenal lagi contouring dah kelur pulak strobing ni. Takpe nama dia je acah-acah seram, tetapi sebenarnya ia lebih mudah dari contouring.

  • Strobing fokus kepada highighter, iaitu cahaya yang refleks pada wajah iaitu area cheekbones, atas kening, bawah kening, hidung, inner corner mata dan dagu bagi ala-ala botox.
  • Wajah anda akan kelihatan segar, sihat tanpa nampak makeup tebal 10 inci
  • Kulit akan lebih bernafas sebab tiada menggunakan krim kontur yang tebal.
  • Sesuai untuk makeup harian, nak cepat tetapi masih mahu kelihatan glowing.
Selamat mencuba!

Tuesday, June 28, 2016

Makeup Simple di Hari Raya dengan Tujuh Produk Sahaja

Kita bertemu lagi dalam segmen acah-acah tutorial main-main mekap. Kali ini special sikit kerana temanya ialah hari raya. Saya tahu ada di antara anda yang sangat gemar mekap macam saya ni huhu, dan ada juga suka nak mekap tapi tak berapa confident nak cuba atau tak pernah mekap langsung. Tapi apa salahnya sekali sekala di hari raya, kita mekap untuk kelihatan lebih berseri. Baju dah cantik, badan dah wangi, muka kita touch up sikit bagi berseri-seri. Untuk entri kali ini saya membuat mekap di hari raya dengan tujuh barang sahaja. Nak tahu apa produk-produk tersebut jom kita tengok:-



Tujuh produk tersebut termasuklah

  1. BB Cushion (Etude House) qoo10
  2. Bedak Kompak (Catrice) Guardian Pharmacy
  3. Blusher atau Pemerah pipi (BH Cosmetics) Hermo.my
  4. Eyeliner (Silky Girl) Watson
  5. Eyebrow Pencil (Silky Girl) Watson
  6. Mascara (Silky Girl) Watson
  7. Lip Balm (Awin Seindah Wajah) Awin IG

Step 1 - Lukis Eyebrow/ kening

Step 2 - Tepek BB Cushion

Saya gunakan bb cushion dari etude house shades 24 Honey.  Pertama dap dap muka dengan span bb cushion. Jangan sapu. Kemudian gunakan jari dan ambil sedikit bb cushion dan letakkan di bawah mata untuk menutup lingkaran hitam.


Step 3- Set foundation dengan bedak
Saya setting foundation saya dengan menggunakan bedak Catrice yang boleh didapatkan di Watson. 


Step 4- Blusher dan Eyeshadow 
Jika tak ada berus, guna jari pun boleh, gunakan jari anda dan sapu blusher di atas soket mata anda, seperti dalam gambar, bukan di kelopak, tetapi di tengah-tengah antara kelopak mata dan bawah tulang kening.

Selepas itu gunakan blusher tadi dan sapu di kedua-dua belah pipi.


Step 5 Eyeliner bawah mata
Gunakan kembali eyebrow pencil dan gariskan di bawah mata 


Step 6: Eyeliner bahagian atas
Warna hitam nampak lebih jelas dan membuatkan mata nampak pop, brand Silky Girl mudah dipakai dan tidak mencomotkan mata.

Step 7: Mascara
Saya memng tidak gemar memakai mascara sebab malas nak cuci, tetapi sekali sekala di hari raya bolehlah. paling mudah, pakai di tengah-tengah sahaja. Jika bulu mata anda lurus kepitkan dulu dengan eyelash curler.


Step 8: Finishing dengan lipbalm

Kenapa lipbalm?, sebab ia nampak lebih natural dan sesuai sangat bagi yang sukakan mekap simple. Lagipun raya banyak makan dan minum, jadi tak perlu risau kalau lipstick pudar, pakai je balik lipbalm.

Next post pula, saya akan fokus kepada solekan hari raya yang sedikit tebal. Selamat mencuba

Saturday, June 25, 2016

Teknik Kontur Wajah Menggunakan Krim Kontur

Alang-alang dah membuat review produk Wheel Concealer Sendayu Tinggi, saya ingin berkongsi pula bagaimana saya mengaplikasikan pada wajah pula. Pada entri sebelum ini saya ada berkongsi cara saya mengkontur dan membaking di mana ia adalah teknik kering, kali ini dengan menggunakan produk wheel concealer dari Sendayu Tinggi, tekniknya basah pula, kerana ia bersifat creamy.Apabila ia cream, selepas selesai blend, harus ditutupi dengan makeup jenis piwder supaya ia set dan kekal.
 

Step by Step


1. Lukis dahulu kening, mekaplah mata dan eyeliner, maskara dan pakai foundation


2. Kemudian proses mengkontur akan bermula. Sediakan berus yang flat dan kecil supaya senang anda nak tepek kat tempat-tempat yang berlainan pada wajah.



3.  Ok, jika diperhatikan gambar no 3 itu, saya menyapu warna kuning cair di bawah mata bentuk tiga segi, warna putih beige saya sapu di batang hidung, dahi, dagu dan bawah cheekbone manakala warna yang paling gelap saya sapu pada tulang cheekbone, sedikit di atas dahi bahagian tepi dan hidung yang berbentuk jambu.


4.  Dengan menggunakan span yang dibasahkan, ratakan dan dap dap bahagian yang berwarna cerah dahulu.


5. Kemudian, saya gunakan berus untuk blend kontur yang bahagian gelap iaitu di bahagian cheek bone, dahi dan hidung. Keyword nya ialah blend, blend blend. Kalau tidak wajah anda akan kelihatan comot.


6. Sekali lagi baking bahagian bawah mata, supaya mekap lebih tahan lama dan tidak kering dan menampakkan kedutan bawah mata, baking juga bahagian bawah cheekbone. Oleh kerana hidung saya jenis cepat berpeluh dan berminyak, saya baking sekali hidung dan dagu. Baking boleh guna loose powder atau compact powder.


7. Selesai baking, bersihkan dan ratakan elok-elok dengan powder brush supaya mekap tidak nampak bercapuk. Finishing dengan blusher, higlighter, lipstick dan setting spray.


Selamat mencuba!.

Sendayu Tinggi Wheel Concealer Review

Hai semuanya, sempat lagi saya membuat review Wheel Concealer dari Sendayu Tinggi. Saya membeli concealer ini kerana saya tertarik dengan packagingnya yang simple dan kelihatan mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana terutama sekali jika travel. Jom lihat, macam inilah rupanya Wheel Concealer tersebut:

Comel kan
Ok, saya sangat suk melihat 4 warna yang saya rasa memang sesuai digunakan dengan warna kulit saya. Ia datang dalam 3 kod. Saya memilih kod no 3 kerana saya merasakan ia sesuai dengan warna kulit saya. Sebenarnya ketiga-tiga kod tidak jauh beza, jika tersalah beli pun, saya rasa tiada masalah besar.

Close up sikit warnanya

Elegant Makeup- Concealer High Coverage ini katanya:
  • Penyamar noda dalam 1 palet yang berkesan membantu menutupi cela, kantung mata, parut dan jeragat tanpa kesan bercapuk
  • Gabungan 4 warna menjadikan ketidaksempurnaan pada wajah dapat ditutup dengan baik dan kemas
  • Ia juga sesuai untuk membuat kemasan kening, highlight bawah mata, tulang hidung dan dahi selain contouring.

Ok, best juga fungsinya kan, boleh saya katakan selain concealer ia khas untuk mengkontur muka, all in one dalam satu bekas sahaja dan ia dalam bentuk krim yang pekat. Di sini saya membuat swatches apabila dicalitkan pada kulit saya.

Okay jika dilihat keempat-empat warna di atas, kesemuanya agak pigmented, pekat, di mana yang kiri sekali

  1.  Putih pink beige: sesuai untuk highlight
  2.  Kuning cair: untuk meneutralkan bawah mata
  3.  Warna tanah/warna kulit: untuk menutup cela, parut atau jerawat
  4.  Coklat gelap: untuk kontur tulang pipi dan hidung
Kesimpulannya saya memberi 5/5 kerana
  • Ia mudah digunakan
  • Ia senang diblend
  • Ia sesuai dengan warna kulit saya
  • Ia ringan mudah dibawa kemana-mana
  • Tahan lama
  • Cuma satu je saya komen, semasa mula-mula membukanya, ketatnya berkali-kali saya pusing tidak berjaya, sampai saya rasa nak pulangkan kembali.
  • Silalah beli, tak rugi punya
Dalam entri seterusnya saya akan share apabila saya mengkontur wajah saya dengan Wheel Concealer ini.